HONOR Malaysia hari ini mengumumkan HONOR 70, Telefon Estetik Terbaik Tahun Ini dengan warna baharu – Icelandic Frost yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Istimewanya, sempena pelancaran warna baharu tersebut, HONOR Malaysia bekerjasama dengan Touch ‘n Go untuk melancarkan kad edisi khas NFC berwarna gradien biru yang sedondon dengan HONOR 70 Icelandic Frost.
Padanan warna menjadi idaman
HONOR 70 dilancarkan pada Ogos lalu dalam 3 jenis warna iaitu Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black. Peranti ini turut diangkat sebagai telefon pintar kamera terbaik dalam bajet RM2000.
Pengenalan warna baharu Icelandic Frost menjadikan HONOR 70 bertambah anggun dan estetik. Efek gradien biru dan merah jambu memberi pandangan memuaskan kerana sentiasa berubah warna apabila dipandang dari setiap sudut.
Efek tersebut turut diterapkan dalam kad edisi khas NFC Touch ‘n Go yang akan
dilancarkan dalam masa terdekat.
Buat kali pertama HONOR bekerjasama dengan jenama lokal
Pengeluaran kad NFC baharu Touch ‘n Go baru-baru ini menambah baik kaedah
tambah nilai mencetuskan permintaan yang berkuantiti besar. Justeru, HONOR Malaysia berharap kad edisi khas NFC Touch ‘n Go dapat memeriahkan lagi kedua-dua jenama. Kerjasama dengan jenama tempatan tersebut merupakan satu pencapaian besar buat kali pertama HONOR Malaysia sejak menjadi syarikat bebas.
HONOR 70 Icelandic Frost dan Kad Edisi Khas NFC Touch ‘n Go
Jualan HONOR 70 dalam Icelandic Frost bersama kad edisi khas NFC Touch ‘n Go
di pasaran Malaysia akan diumumkan tidak lama lagi! Untuk maklumat terkini produk
HONOR sila layari https://www.hihonor.com/my/ atau mengikuti Facebook HONOR
Malaysia!