Sports Activity Vehicle (SAV) mewah berprestasi tinggi BMW M GmbH yang sulung dengan sistem pacuan elektrik daripada BMW M kelak sedia untuk dipratempah secara dalam talian di Malaysia bermula 20 Oktober 2022.
Sempena sambutan ulang tahun BMW M GmbH yang ke-50, BMW Malaysia mengumumkan sedang berada dalam fasa pembangunannya yang terakhir, BMW XM yang sulung menampilkan sistem pacuan BMW M HYBRID yang serba canggih.
Digandingkan dengan teknologi suspensi yang khusus bagi model M untuk menzahirkan pengalaman pemanduan yang dinamik dan yang tiada bandingannya. Pengeluaran kenderaan ini dijangka bermula di kilang US BMW Group Spartanburg pada Disember 2022.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia sementara itu berkongsi, “Kami benar-benar teruja untuk memperkenalkan BMW XM yang sulung di Malaysia. Jentera SAV (Sports Activity Vehicle) serba eksklusif ini merupakan kereta berprestasi tinggi BMW M GmbH yang pertama bakal menampilkan sistem pacuan M HYBRID, lantas meluaskan lagi keupayaan e-mobiliti dalam segmen kereta berprestasi tinggi di Malaysia.
Ia merupakan pengilhaman semula ideal automotif, dan karakteristik prestasinya yang ekstrem akan menjanjikan pengalaman pemanduan yang serba mewah buat semua pelanggan dan penyokong jenama ini di Malaysia.”
Tambah beliau, “Pasukan kami di BMW Group Malaysia amat tersentuh untuk melihat sokongan tidak berbelah bahagi yang dicurahkan oleh keluarga besar BMW M kita di acara/M pada Hari Malaysia yang lalu.
Keterujaan dan cinta yang dikongsikan, bersama perungkaian BMW XM yang sulung pada
penghujung tahun hari lahir BMW M GmbH menjadikan waktu yang dipilih untuk membuat pengumuman ini lebih bertepatan.”
BMW XM menandakan permulaan sebuah era baharu: buat julung kali sejak jentera legenda BMW M1 diperkenalkan pada tahun 1970-an, BMW M GmbH mempersembahkan sebuah model produksi yang dibangunkan secara bebas – jentera yang memiliki spesifikasi luar biasa dari segala sudut.
Mengagumkan dari segi prestasi dan kemewahannya, status istimewa BMW XM yang sulung dicerminkan dalam pelbagai bentuk serta aneka ciri kefungsian yang boleh diperibadikan dengan lebih lanjut, di samping kualiti material, mutu kerja dan keeksklusifan yang menunjangi statusnya yang luar biasa.
Anggaran harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) BMW XM yang sulung dengan Pakej
Waranti & Servis Lanjutan Bertempoh 5 Tahun ialah:
*Langkawi RM 820,000.00
Semenanjung Malaysia RM1,400,000.00




































