Nampak gayanya, Oppo tidak berdiam diri dalam menghasilkan telefon pintar apabila kini memperkenalkan peranti terbaharu dalam siri A menerusi model Oppo A77s.

Prebiu.com terpilih untuk menjadi portal terawal yang diberi penghormatan membuka kotak peranti ini sebelum dilancarkan secara rasmi di negara ini.

Apa yang menarik dengan peranti berwarna Starry Black ini?.

Pertamanya, peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 680, kamera utama 50 mega piksel (MP) dan bateri sebesar 5,000mAh.

Peranti ini menggunakan skrin sebesar 6.56-inci LCD HD+ dengan kadar segar semula standard 90Hz dan sehingga 180Hz. Ia turut dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB serta menyokong sistem pengecasan berwayar 33W.

Kamera

Spesifikasi kamera utamanya 50MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4 – kedalaman) dan kamera swafoto pula sebesar 8MP (f/2.0) dengan ciri bokeh. Ciri Potret Bokeh Flare akan meningkatkan pencahayaan pada imej dan secara automatik menjadikan latarbelakang kabur.

Ciri kamera pintar seperti pengimbas teks, Flash Snapshot, Night Filters, 360 Fill Light dan ciri AI (kecerdasan pintar).

Peranti seberat 187 gram dan setebal 7.99mm memiliki rekaan luaran yang menarik apatah dengan skrin jenis rata manakala lensa dwi kamera belakangnya dibaluti kerangka yang lengkap dengan lampu flash.

Bateri

Tahap pencegasan pantas pada peranti ini mampu mengecas sehingga 50 peratus dalam tempoh 30 minit manakala tempoh panggilan sehingga 2.98 jam selepas 5 minit peranti ini di cas.

Apa yang menarik, peranti ini turut dipadankan dengan 3 ciri utama iaitu:

  1. Super Nighttime Standby – Algoritma peranti ini akan mengesan paten tidur pengguna dan mengurangkan penggunaan bateri pada komponen dengan menurunkan tahap bateri secara minima sebanyak 1.68 peratus pada waktu malam.
  2. Optimized Night Charging – Ciri ini akan menjadualkan penggunaan bateri pada waktu malam bagi menjadikan tahap bateri peranti ini berada dalam keadaan baik.
  3. Super Power Saving Mode – Bila tahap bateri menurun sebanyak 10 peratus bagi maksimakan kuasa bateri yang tinggal.

Lain-lain spesifikasi termasuk sambungan bluetooth 5.0, port USB-C, bicu audio 3.5mm dan sistem operasi ColorOS 12.1 berasaskan Android 12, kalis air IP54 dan pengimbas jari di sisi.

Sistem Operasi

Menggunakan sistem operasi ColorOS 12.1 berasaskan android 12, peranti ini dilengkapi ciri keselamatan dan privasi yang mana kebenaran diberikan bagi kegunaan aplikasi dan terhad kepada aplikasi tertentu bagi memastikan tiada akses mudah kepada maklumat sulit.

Menerusi ciri FlexDrop, anda boleh membuka aplikasi lain pada skrin kecil tanpa mengganggu tumpuan anda ketika menonton video, melayari internet pada masa yang sama. Ciri interaktif ini cukup praktikal dan mudah digunakan.

Selain itu, Oppo A77s juga dipadankan dengan ciri terjemahan Google Lens yang mana sesuatu teks itu mudah diterjemah menerusi hanya mengerakkan tiga jari ke bawah dan menyokong terjemahan sehingga lebih 100 bahasa.

Harga

Peranti terbaharu ini ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Sunset Orange dan Starry Black. Harga ditawarkan sempena pelancaran ialah RM999.

Pembeli peranti ini layak menerima satu kit kecantikan Y.O.U bernllai RM99 sementara stok masih ada.

Spesifikasi A77s

  • Saiz: 163.74mm x 75.03mm x 7.99mm
  • Berat: 187 gram
  • Resolusi skrin: HD+ (1612 x 720)
  • Kadar segar semula: 90 Hz
  • Saturasi warna: 96% NTSC
  • Storan: 8GB RAM + 5GB + 128GB ROM
  • Bateri: 5000mAh
  • Pengecasan pantas: 33W Supervooc
  • Ciri tambahan: Sistem penyejukan pelbagai peringkat
  • Sekuriti Biomatrik: Kekunci cap jari sisi dan pengesanan wajah