PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini mengumumkan inisiatif #ReadyToDrive yang memberi fokus kepada aspek keselamatan, kebolehpercayaan dan ketenangan minda buat para pemilik Audi.

Ini merupakan insiatif selepas jualan yang pertama oleh PHSAM selepas mewakili jenama Audi dari segi jualan, pemasaran dan selepas jualan di Malaysia bermula Julai 2022.

“Kepuasan pelanggan amat penting kepada kami. Jadi, kami meningkatkan usaha terhadap semua aspek. Kami mahu memastikan Audi sentiasa berada dalam keadaan terbaik,” kata Pengarah Selepas Jualan PHSAM, Deenan Nadar.

Berdasarkan kepada laporan terkini daripada satu kaji selidik yang dijalankan setiap dua tahun oleh Audi, keselamatan kenderaan menjadi keutamaan paling penting buat pelanggan.

“Pemilik Audi boleh memanfaatkan pakej penjagaan pelanggan terkini kami yang direka untuk menawarkan keselamatan dan kebolehpercayaan. Dengan musim cuti sekolah dan perayaan, tidak ketinggalan musim tungkujuh yang diramal berlaku tidak lama lagi, kami mahu pelanggan menikmati perjalanan yang selamat.

“Ini akan menjadi masa puncak dengan jumlah kenderaan lebih banyak berada di atas jalan, pemanduan yang panjang dan mungkin berbahaya, di samping hujan lebat, banjir dan ribut petir yang tidak dijangka.

“Kami mahu memastikan semua pemilik Audi menempuhi perjalanan dengan minda
yang tenang,” kata Deenan.

Untuk mengukuhkan kualiti perkhidmatan selepas jualan, juruteknik di semua Pusat Audi di seluruh negara telah menjalani proses penilaian dan peningkatan kemahiran secara berterusan demi menambah baik prestasi servis mereka.

Kempen #ReadyToDrive yang bermula pada 1 Oktober hingga 31 Disember 2022 akan menawarkan nilai luar biasa kepada pemilik Audi menerusi satu pakej komprehensif yang merangkumi:
● Pemeriksaan 30 poin kenderaan secara percuma untuk pemilik yang tidak mengunjungi
Pusat Audi sejak 12 bulan lalu
● Perkhidmatan ambil dan serah secara percuma
● Penjimatan sebanyak 20% ke atas Servis Audi serta alat ganti lusuh Audi terpilih
● Penjimatan sebanyak 20% ke atas bateri Audi

Pusat-pusat Audi juga menawarkan kemudahan dan keselesaan ketika berada di lounge pelanggan yang dilengkapi wifi percuma. Pusat-pusat itu telah disanitasi sepenuhnya dan sentiasa dipantau bagi memastikan kebersihan maksimum dapat dikekalkan.

Kereta Audi yang dibeli di Malaysia hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.