Dalam sesebuah pembangunan projek perbandaran semestinya memiliki pelbagai tujuan dengan setiap aspek saling berkait dalam memberi manfaat kepada semua komponen di dalam kawasan berkenaan.

Antara elemen komersial utama adalah kebergantungan antara komponen kediaman, perbandaran dan persekitaran. Dalam aspek penawaran dan permintaan, saiz populasi
di sesuatu kawasan yang ingin dibangunkan, akan menentukan sesebuah kejayaan
pembangunan tersebut.

Dalam aspek lain, komponen komersial juga menawarkan pelbagai sumber keperluan seperti makanan dan minuman (F&B) serta pelbagai pilihan kemudahan lain untuk
melengkapi aktiviti pertumbuhan sesebuah perniagaan.

Prinsip asas yang penting ini telah diterjemahkan dalam projek pembangunan terbaharu, IKON @ Centrio. Justeru, adalah tidak mengejutkan bahawa IKON @ Centrio bakal menjadi pemangkin kepada kemajuan segmen komersial yang dilihat terus berkembang di Seremban 2.

Selain itu, rangkaian perniagaan yang menjadi pilihan generasi masa kini, seperti Starbucks dan Coffee Bean menjadi lokasi ideal kepada penduduk untuk menikmati
masa rehat samada bersama rakan ataupun keluarga.

Pelbagai jenis rangkaian restoran makanan segera seperti MCDonald’s, KFC, Pizza Hut, Domino’s dan A&W boleh didapati di dalam kawasan pembangunan ini.

Jika anda seorang penggemar makanan, anda mempunyai lebih banyak pilihan restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan seperti masakan Jepun, Korea, Thailand dan seumpamanya.

Selain itu, pelbagai kemudahan komprehensif bakal diwujudkan di IKON @ Centrio pada masa hadapan. Antaranya, klinik-klinik, khidmat penjagaan kereta, pusat-pusat pendidikan sehinggalah perbankan.

Dengan kewujudan kemudahan-kemudahan ini, ia menjadikan IKON @ Centrio sebagai
lokasi terbaik untuk perniagaan, tambahan pula jumlah penduduk di Seremban 2 dan Seremban 2 Heights yang dianggarkan bakal meningkat daripada 60,000, kepada lebih
100,000.

Peningkatan jumlah penduduk yang semakin bertambah, secara tidak lansung menyediakan peluang perniagaan bagi unit komersial di IKON @ Centrio. Menurut kajian, pertambahan populasi secara automatik akan mewujudkan kuasa beli yang tinggi, seterusnya mencetuskan permintaan terhadap pelbagai perkhidmatan perniagaan.

Fasa pertama pusat komersial ini dibangunkan di atas tanah seluas 11.3 ekar dimana keseluruhan pembangunan adalah seluas 26.8 ekar. Pusat komersial IKON @ Centrio
merupakan kedai pejabat 2 dan 3 tingkat, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM206,177,180. Fasa pertama mempunyai 125 unit, manakala fasa kedua
bakal menawarkan 44 unit premis komersial.

Bagi memenuhi keperluan pemilik perniagaan, terdapat empat pilihan lot disediakan dengan luas binaan antara 3,539 hingga 7,305 kaki persegi. Terdapat juga pelbagai jenis lot lain termasuk unit 2-tingkat, dua setengah tingkat dan ada antara lot tepi yang mempunyai struktur bangunan tiga tingkat.

Selain itu, terdapat juga pilihan unit yang mempunyai dua akses. Dilengkapi dengan pintu masuk selebar 24 kaki di bahagian hadapan menjadikan ruang unit komersial ini tampak lebih luas dan mampu menyediakan ruang secukupnya kepada pemilik premis.