Dengan pengenalan kepada UltraContact UC7, Continental Tyres melancarkan produk Generasi 7 yang pertama di Malaysia. UltraContact UC7 adalah tayar serba boleh yang mengutamakan keselamatan, dengan penekanan pada keselesaan bunyi yang luar biasa dan jangka hayat memandu yang panjang.

Dengan tayar ini, Continental mentakrifkan semula pengalaman memandu, membawa keyakinan memandu ke peringkat seterusnya dengan teknologi terkemuka terkini – ‘Keyakinan Memandu, Ditakrifkan oleh Teknologi’.

Dengan kejayaan besar produk Generasi 6, Continental telah didorong untuk mempertingkatkan taraf produk yang bukan saja memenuhi keperluan semasa tetapi juga keperluan pasaran yang dapat dijangka.

“Keperluan khusus dan tabiat memandu pengguna sentiasa berubah, dan Continental Tyres komited membawa inovasi berterusan bagi memenuhi keperluan pengguna tersebut. Kami telah membuat pelaburan yang besar untuk pembangunan setiap produk yang kami bawa ke pasaran, dan UltraContact UC7 merupakan hasil yang benar-benar mewakili
penambahbaikan generasi akan datang,” kata Dalibor Kalina, Ketua Jabatan BA Replacement Tires Asia Pasifik.

Berbanding dengan UltraContact UC6 yang bereputasi baik, UltraContact UC7 mencapai
peningkatan yang ketara dan cemerlang, terutamanya dalam brek dan kawalan di atas tanah basah.

Aspek prestasi lain seperti kecekapan bahan api, brek kering, dan pengendalian juga
dipertingkatkan. Untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang terbaik kepada pengguna, Continental telah membangunkan teknologi terunggul yang memberi tumpuan kepada keperluan pengguna yang unik untuk setiap segmen.