Tahun ini, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) ingin mempersembahkan PAW Patrol Rescue Knights berserta pelbagai aktiviti menarik dan pengembaraan yang lebih hebat!

Bermula dengan Sunway Pyramid pada bulan Jun ini, kempen tersebut akan diteruskan di pusat beli-belah Sunway yang lain di seluruh Malaysia sehingga hujung tahun 2022.

Para pengunjung berserta anak-anak dan seisi keluarga mereka berpeluang untuk
menandatangani versi Barkingburg Castle kami yang tersendiri.

Ia akan menemui Sunway Pyramid dahulu dari 23 Jun hingga 11 Julai, dan pembeli-belah dapat meneruskan misi mencetus keriangan bersama sang anak-anak anjing ini di pusat beli-belah Sunway yang lain sehingga bulan November.

Ruang permainan serba interaktif di istana tersebut, yang akan diketengahkan di Orange Concourse bakal hadir dengan pendaki gulung, gelongsor dua lorong, tali panjat, pendaki batu, panel mainan ‘tic-tac-toe’, dan lapangan di atas bumbung istana ini untuk membolehkan para pengunjung mengamati suasana dataran tersebut dari atas.

Si cilik juga boleh mencungkil kreativiti masing-masing dengan menggayakan diri mereka untuk mengambil gambar sebagai kenangan berlatarkan kelibat Sparks, si naga yang
mesra.

Aneka aktiviti interaktif juga disajikan buat pembeli-belah dan keluarga mereka – serta peluang untuk menebus lembaran stiker PAW Patrol edisi terhad. Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk permainan memori, Matching Pairs; permainan melontar, Shooting with Hoops; menjatuhkan tin dengan menyepak bola, Knock the Tower; stesen gambar, The Bone in the Stone; serta misi menyelamat menerusi Marshall’s Junior Firefighter Test.

Bukan itu sahaja, pembeli-belah juga berpeluang untuk memenangi barangan PAW Patrol edisi terhad.*

Sudut khas Sunway eMall juga bakal mempamerkan aneka barangan PAW Patrol buat para peminat dan pengunjung yang dapat membelinya.