Daya tarikan bandar raya Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan untuk pelancong perniagaan dan percutian dijangka akan terus diperkukuhkan dengan Imperial Lexis Kuala Lumpur, sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang dan Grandview Residence, sebuah kediaman mewah yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Kedua-dua pembangunan baru tersebut terletak secara strategiknya di tengah-tengah Pusat bandaraya Kuala Lumpur, di Jalan Kia Peng, berdekatan Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Taman KLCC, dan bangunan-bangunan pencakar langit yang lain termasuk Exchange 106.

Untuk meraikan yang projek pembinaan Imperial Lexis Kuala Lumpur dan Grandview Residence telah mencapai tahap tertinggi dalam proses konstruksinya, satu upacara “topping out” telah diadakan pada hari ini di atas bumbung hotel bertaraf lima bintang dan kediaman mewah yang bakal dilancarkan itu oleh pemaju hartanah butik terkemuka, Kuala Lumpur (KL) Metro Group dengan kerjasama Perbadanan Kejuruteraan Pembinaan Negeri China (CSCEC) Malaysia.

Direka oleh firma seni bina antarabangsa terkemuka, Veritas Design Group, projek pembangunan bercampur 53 tingkat berprestij ini adalah bernilai RM720 Juta, dengan jumlah keluasan lantai kasar 3,700 meter persegi dan ketinggian 231 meter.

Ia bakal menjadi hotel pertama di Kuala Lumpur yang mempunyai kolam renang peribadi dalam setiap 275 suitenya. Dijadualkan dibuka pada Mac 2023, Imperial Lexis Kuala Lumpur dan Grandview Residence dijangka akan dibuka pada Mac 2023, dan akan turut dikendalikan oleh Lexis Hotel Group, pakar pengurusan hotel berpengalaman yang kerap memenangi pelbagai anugerah dengan portfolio hotel dan resort bertaraf antarabangsa di seluruh Malaysia.

Setakat ini, Lexis Hotel Group menguruskan 3 resort tepi pantai di Port Dickson – Lexis Hibiscus Port Dickson yang menyerupai bentuk bunga kebangsaan Malaysia – bunga raya – dan mempunyai 639 vila berkolam renang yang dilengkapi dengan kolam renang dan bilik wap peribadi di dalam setiap biliknya; Grand Lexis Port Dickson yang mempunyai 317 vila berinspirasikan Bali yang turut dilengkapi dengan kolam renang peribadinya sendiri, serta Lexis Port Dickson, sebuah resort yang menawan dengan 272 buah vila; dan akhir sekali Lexis Suites Penang yang terletak di Pulau Pinang – sebuah resort pinggir laut yang moden dan mewah, dibina dengan kolam renang dan bilik wap peribadi di setiap 222 suitenya.