Volvo Car Malaysia telah menerima sambutan yang menggalakkan untuk kenderaan elektrik sepenuhnya yang pertama dari pembuat kenderaan ini – XC40 Recharge Pure Electric.

Sejak dilancarkan pada bulan Mac 2022 di Malaysia, Volvo Car Malaysia telah menerima lebih 400 tempahan sehingga kini dan telah menghantar lebih 120 buah unit kepada para pemilik kenderaan baharu di seluruh negara.

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata: “Jumlah jualan yang menggalakkan menjadi batu loncatan dalam perjalanan kami ke arah elektrik sepenuhnya.

Hanya beberapa bulan yang lalu kami melancarkan kenderaan elektrik sepenuhnya yang
pertama dan mengumumkan pemasangan kereta EV tempatan. Kami mula menghantar
kereta-kereta elektrik kepada para pelanggan sejak bulan April di mana mereka boleh
menikmati kebebasan untuk bergerak untuk bergerak secara peribadi, mampan dan
selamat.”

Volvo Car Malaysia turut mengumumkan bahawa disebabkan oleh permintaan yang tinggi,
permintaan untuk pesanan secara dalam talian untuk XC40 Recharge Pure Electric model
tahun 2022 kini ditutup. Pesanan akan diambil semula selepas pengenalan Model Tahun
2023. Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.

XC40 Recharge Pure Electric menampilkan penjana kuasa pacuan semua roda elektrik
sepenuhnya yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 418 km* dan boleh didapati
dalam lima pilihan warna – Black Stone, Crystal White Pearl, Denim Blue, Glacier Silver dan
Sage Green.

Para pembeli yang berminat boleh menempah pandu uji melalui www.volvocars.com/my atau menghubungi mana-mana pengedar sah Volvo.