Dalam usaha meletakkan saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV sebagai destinasi hiburan utama pilihan rakyat Malaysia, kami dengan berbesar hati melancarkan slot terbaharu ‘Sitcom’ yang menghimpunkan barisan kandungan komedi santai hebat pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam bermula 11 Jun ini.

Penambahan slot ‘Sitcom’ sekaligus melengkapkan barisan slot program sedia ada iaitu
‘Malar Segar’, ‘Awesome Movie’, ‘Filem Kita’, ‘Ohsem Tele’, ‘Ohsem Lejen’, ‘Hindi Special’,
‘Misteri’, ‘Horror Sabtu’, ‘Dramatix’, ‘Dramedi’, ‘Drama Asia’, ‘International Series’ dan
‘Ohsem-Tainment’.

Mengulas lanjut mengenai strategi pengisian dan penjadualan baharu di platform Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata, “Bagi memantapkan lagi strategi kandungan yang lebih berkesan, kami membuat keputusan untuk menyuntik penambahbaikan utama daripada segi perincian jadual slot siaran yang dirombak secara keseluruhan demi memberikan pengalaman menonton yang
maksima kepada rakyat Malaysia.

Perubahan jadual baharu ini juga akan diaktifkan serta-merta bermula 1 Jun ini setelah mengambil kira kesesuaian trend tontonan semasa supaya Awesome TV terus kekal menjadi pilihan utama masyarakat.

Pada masa yang sama, pakej grafik dan visual kreatif Awesome TV juga turut diberi sentuhan dan mood baharu yang lebih segar dan ceria sebagai kelainan untuk memikat hati penonton.

Mengambil kesempatan ini untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai program realiti ‘Awesome Raja Lawak’ yang bakal diterbitkan tidak lama lagi, kami dengan berbesar hati membawakan edisi terbaharu perintis program realiti komedi popular ‘Raja Lawak’ yang kini bakal dikenali dengan jenama ‘Awesome Raja Lawak’.

Melihat kepada landskap pasaran kandungan kreatif, kami yakin dengan potensi hiburan komedi yang dilihat masih kekal relevan serta boleh diangkat ke satu aras yang lebih tinggi
dan bervariasi.

Bagi mengenal pasti bakat baharu untuk diketengahkan sebagai pelapis, pihak produksi ‘Awesome Raja Lawak’ akan menjelajah ke empat buah negeri di seluruh Malaysia iaitu
Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur untuk mengadakan sesi uji bakat terbuka.

Oleh itu, saya ingin mengalu-alukan kehadiran orang ramai yang mempunyai minat dan
bakat dalam bidang komedi untuk datang beramai-ramai mulai 4 dan 5 Jun ini.

Kami di Awesome TV amat teruja dan positif dengan strategi penstrukturan semula slot jadual baharu dan kandungan yang bakal disajikan sepanjang tahun ini. Kami juga
menyasarkan pertumbuhan keseluruhan jumlah tontonan dapat melonjak sehingga dua
bilion bagi tahun 2022.”