HONOR Malaysia hari ini mendedahkan “The Power of Magic”, revolusi peranti baru dengan teknologi canggih yang mencapai kejayaan baharu dalam rekaan, paparan, fotografi, videografi, prestasi dan privasi telefon pintar.

CEO HONOR Malaysia, Justin Li turut mengumumkan semua peranti hadir dengan Google Mobile Services. Menampilkan rekaan premium, HONOR Magic4 boleh didapati dalam tiga warna, iaitu Cyan, Gold dan Black.

Selain itu, HONOR Earbuds 3 Pro dan HONOR Watch GS 3 juga diperkenalkan kepada pengguna untuk menikmati gaya hidup pintar.

HONOR Magic4 Pro ditawarkan pada harga RM3,999 (8+256GB). Dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,656 termasuk HONOR Watch GS 3 bernilai RM999, case HONOR Magic4 Pro, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 6 bulan apabila anda membuat pra-tempah sebelum 10 Jun 2022.

Rekaan Simetrikal dengan Paparan Quad Lengkung

HONOR Magic4 Pro menampilkan “Eye of Muse” yang ikonik, dengan rekaan simetrikal, Paparan Quad Lengkung LTPO generasi ketiga 6.81 inci dan bezel ultra nipis untuk memberi pemandangan yang mengasyikkan dan genggaman yang selesa.

Bukan sekadar skrin biasa, paparan HONOR Magic4 Pro mempunyai HDR 10+ dan pengiktirafan IMAX ENHANCED, 1.07 bilion warna dan DCI-P3 warna gamut luas, membolehkan pengalaman yang lebih terang, sesuai untuk maratonton dan santai bermain game.

LTPO dengan 1920 Hz PWM Dimming Pertama Dunia: Teknologi Inovatif untuk Pemandangan Lebih Selamat

Tabiat menatap telefon pintar selama berjam-jam boleh menimbulkan masalah keletihan mata sehingga menyebabkan sakit kepala, penglihatan kabur dan mata kering. HONOR Magic4 dilengkapi dengan teknologi canggih paparan LTPO 1920Hz PWM Dimming yang dapat mengurangkan perubahan kecerahan dan kelipan skrin secara automatik, terutamanya ketika dalam suasana gelap dan suram seperti dalam panggung wayang atau bilik tidur.

Terima kasih kepada paparan LTPO, HONOR Magic4 Pro menjimatkan bateri dengan mengadaptasi teknologi Motion-Sync yang menyelaraskan bingkai segar daripada 1HZ kepada 120Hz secara automatik mengikut suasana, sekaligus membantu penjimatan hayat bateri dan penggunaan bateri sepanjang hari.