Ingatkah waktu menerima kad daripada keluarga dan rakan pada hari perayaan adalah perkara yang menggembirakan?

Musim cuti adalah masa yang paling dinanti-nantikan; hiasan dipasang siap, suasana heboh, kenangan baru dicipta, dan masa dihabiskan bersama orang tersayang.

Ia amat penting untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, dan terdapat banyak cara untuk terus kekal terhubung, tidak kira di mana anda berada di dunia, anda boleh raikannya dengan orang terdekat dan tersayang.

Untuk Hari Raya Aidilfitri ini, mari kita kembalikan tradisi membuat kad Raya buatan sendiri untuk dihadiahkan kepada orang tersayang. Menulis pada kad atau poskad, yang bertujuan untuk diberikan kepada orang tersayang, adalah cara terbaik untuk menyampaikan mesej yang ikhlas.

Sesiapa sahaja, sebenarnya, akan gembira menerima kad dan poskad yang cantik.
Kraf yang dihasilkan daripada buatan tangan sendiri ialah cara yang ideal untuk berkongsi kasih sayang musim perayaan ini – dan siri Galaxy Tab S8 ialah peranti yang terbaik untuk memberi kehidupan kepada ciptaan anda – terutamanya dengan S Pen yang baharu dan dipertingkatkan yang membolehkan anda mengekspresi diri anda yang paling artistik.

Apabila bercakap mengenai lakaran dan mencipta karya seni, pen dan kertas adalah peralatan penting – justeru S Pen yang menampilkan algoritma ramalan untuk kependaman rendah membawa perasaan melukis dengan tangan ke alam digital, bermakna anda akan mendapat semua tindak balas dan kawalan yang anda inginkan.

Lebih-lebih lagi, anda boleh melakar secara bebas dengan Clip Studio Paint yang dibina dengan mod Companion serba baharu, yang menawarkan pilihan berus gaya profesional dan alatan tersuai yang boleh menukar telefon pintar Galaxy anda yang disegerakkan menjadi palet warna digital, S Pen menjadi berus cat, dan skrin luas Tab S8 sebagai kanvas anda – membolehkan anda memanfaatkan lebih banyaK proses kreatif dan menghasilkan karya seni dengan lebih mudah!

Skrin besar siri Galaxy Tab S8 memberi anda banyak ruang untuk melakukan berbilang tugas tanpa perlu bertukar-tukar antara aplikasi. Anda boleh mencari inspirasi, melakar reka bentuk anda, sambil memilih lagu dengan lancar — semuanya dalam satu paparan – ketiga-tiga model dilengkapi dengan pemproses terpantas dalam Galaxy Tab — cip 4nm — dan juga menyediakan RAM dan storan yang besar untuk
sebarang tugas.

Jika anda memerlukan lebih banyak lagi, anda boleh memilih storan tambahan sehingga 1TB dengan kad mikroSD luaran. Tablet yang serba boleh dan mudah alih tidak asing lagi dengan produktiviti mudah alih, ia berguna apabila inspirasi datang semasa dalam perjalanan yang hampir selalu berlaku untuk kebanyakan kita.

Jadi, dapatkan siri Galaxy Tab S8, dapatkan inspirasi, kreativiti dan kembalikan nostalgia yang kami miliki sebelum ini. Lagipun, Raya kan sebulan!