Honor sejak kebelakangan ini dilihat semakin aktif menawarkan peranti baharu di pasaran meskipun ramai masih melihat peranti yang dihasilkan mempunyai sedikit sebanyak menggunakan DNA daripada Huawei.

Bagi pasaran Malaysia, Honor baru sahaja melancarkan tiga model peranti iaitu X7, X8 dan X9 4G

Prebiu.com yang buat pertama kali dipelawa menguji peranti buatan Honor diberikan kesempatan menguji peranti terbaharu Honor X9 4G. Terdapat dua jenis model X9 ditawarkan dipasaran iaitu Honor X9 5G dan Honor X9 4G.

Perkara pertama yang menarik perhatian apabila melihat peranti ini ialah rekaan kamera utama di dalam bonggol berbentuk bulat dan dilengkapi spesifikasi kelas pertengahan.

Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar untuk tujuan pekerjaan seperti pemandu e-hailing atau penghantar barangan dan makanan, tentunya peranti yang mempunyai ketahanan bateri menjadi pilihan.

Justeru, bagi memenuhi keperluan masa kini, Honor  memperkenalkan peranti baharu Honor X9  yang mempunyai keunikan tersendiri dan berkebolehan melaksanakan tugas-tugas yang diperlukan.

Saiz Skrin

Turut menarik perhatian pada peranti ini mendapati, saiz skrinnya besar dan jelas sekali gus mampu memberikan sudut penglihatan yang jelas.

Dengan paparan skrin bersaiz 6.81 inci FullView bersama resolusi 2388 x 1080 piksel, dan kadar segar semula 90Hz yang selesa memberikan kepuasan untuk melakukan apa sahaja sama ada untuk bekerja atau menonton video kegemaran kerana imej yang dipaparkan benar-benar cantik.

Bagi anda yang gemar bermain video, fungsi peranti ini tidak mengecewakan kerana reka bentuk skrin yang kemas dengan nisbah skrin ke badan 94 peratus, menjanjikan pengalaman penggunaan yang menyeronokkan tanpa gangguan.

Ciri Baharu

Honor X9 juga menggunakan pengimbas cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa berbanding pengimbas pada skrin.

Pada pandangan penulis, ciri itu memudahkan pengguna kerana proses menyahkunci akan lebih pantas dengan hanya perlu meletakkan jari dan peranti pintar akan di nyahkunci dengan serta-merta.

Selain ciri itu, Samsung turut menyertakan fungsi kegemaran ramai iaitu bicu audio 3.5mm yang mana anda boleh bergaya dengan memberi aksesori audio seperti fon telinga atau fon kepala.

Berita baik, fon telinga dan pengecas lengkap dibekalkan dengan setiap pembelian peranti terbaharu ini.

Lain-lain spesifikasi termasuklah Bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, operasi sistem antara muka MagicUI 4.2 berasaskan Android 11.

Walaupun, ramai yang beralih kepada fon telinga nirwayar, tetapi aksesori fon telinga berwayar masih tetap ada peminatnya yang tersendiri. Ini mungkin disebabkan harganya yang lebih mampu milik dan banyak pilihan rekabentuk.

Cip Berkuasa

HONOR X9 dikuasakan oleh pemproses Qualcomm® Snapdragon® 680 (6nm) dengan HONOR RAM Turbo Peranti itu menawarkan storan (8GB + 2GB RAM Extension) + 128GB ROM dan pilihan warna Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black pada harga mampu milik RM1,099.

Peranti ini juga mempunyai RAM sebesar 8GB dan storan dalaman 128GB yang mencukupi mengikut keperluan khusus.

Ini bagi memastikan segala penggunaan pada peranti mampu berjalan dengan lancar sepanjang masa sekali gus urusan harian anda tidak terganggu apabila peranti beroperasi dengan cekap.

Dengan storan dalaman sebesar 128GB, anda boleh menyimpan dokumen, gambar, video dalam jumlah yang besar tanpa perlu bimbang untuk membuangnya apabila storan tidak mencukupi.

Satu lagi ciri menari pada peranti ini dilengkapi sistem operasi Magic UI 4.2 berasaskan Android 11 yang khusus untuk peranti mampu milik Honor ini. Ia membolehkan anda menyesuaikan peranti dengan cara yang disukai seperti semak maklumat daripada pelbagai aplikasi dengan pantas, mod tema gelap untuk penggunaan lebih selesa dan banyak lagi.

HONOR X9 hadir dengan HONOR SuperCharge 66W dan dilengkapi dengan bateri tahan lama 4800mAh pasti tidak mengecewakan apabila ia menjanjikan penggunaan harian lebih lama tanpa masalah.

Apa yang menjadikan ia lebih menyeronokkan adalah anda boleh menggunakannya sepanjang hari untuk pelbagai jenis aktiviti seperti melayari web, memainkan permainan mudah-alih, menangkap gambar dan banyak lagi.

Ciri Kuad-Kamera

Menampilkan kualiti kamera yang hebat dengan Kamera Quad 64MP dan Kamera Sudut Lebar 8MP, Kamera Bokeh 2MP, Kamera Makro 2MP dan LED Flash, HONOR X9 mampu menghasilkan imej yang mengagumkan dengan kualiti hebat, selain menyokong rakaman video 1080p untuk resolusi 1920×1080.

Peranti ini dilengkapi sensor utama 64-Megapiksel (MP) yang mampu memberikan hasil gambar dengan kejelasan yang baik dan juga butiran cukup memuaskan. Sensor makro 2 MP pula dapat memberikan gambar yang mengujakan untuk merakam gambar pada jarak dekat.

Bagi mereka yang gemar berswafoto atau membuat panggilan video pula, sensor hadapan 16 MP ini sememangnya tidak mengecewakan. Ini kerana ia menawarkan kualiti gambar swafoto yang sedap mata memandang juga mempu menghasilkan tona warna kulit yang semula jadi.

Kualiti gambar yang dihasilkan apabila zoom 8 kali digunakan adalah begitu baik dan tidak timbul masalah jika mahu merakam gambar dalam keadaan biasa bersama rakan-rakan kerana gambar yang dihasilkan sudah cukup memadai.

Sebagaimana zoom 8 kali ganda bagi merakam gambar, ciri itu turut disertakan apabila mod video diaktifkan, peranti ini mampu menghasilkan rakaman video yang berkualiti tinggi.

Ciri tambahan lain yang ditawarkan untuk merakam gambar ialah ciri Macro, Food, Panorama, Potrait, Pro dan Time-lapse selain Dual-View, Story dan High-Res. Mungkin ini adalah peranti yang mampu milik jadi ciri yang disediakan agak terhad.

Kesimpulan

Meskipun berstatus ‘mampu milik’ ciri yang ada pada peranti ini hampir sama dengan ciri pada peranti kelas pertengahan dimana Honor X9 4G ini turut dilengkapi ciri keselamatan terkini termasuk ciri biometrik pengecaman wajah dan imbasan cap jari.

Memegang peranti ini seberat 189 gram juga amat mudah dan selesa kerana rekabentuk badan belakangnya agak kasar yang juga membantu menghalang habuk terkumpul atau meninggalkan kesan cap jari.

HONOR X9 hadir dengan HONOR SuperCharge 66W dan dilengkapi dengan bateri tahan lama 4800mAh pasti tidak mengecewakan apabila ia menjanjikan penggunaan harian lebih lama tanpa masalah khususnya sesuai digunakan oleh mereka yang terbabit dalam perkhidmatan e-hailing atau penghantaran barangan atau makanan.

Selain itu, peranti ini juga sesuai digunakan oleh pelajar sekolah mahupun universiti yang sedang tercari-cari peranti mampu milik yang praktikal dan mudah dikendalikan.