Dengan musim cuti yang bakal menjelma, anda mungkin ingin menyelesaikan sebanyak mungkin kerja supaya anda boleh menikmati percutian anda tanpa rasa tertekan.

Menggabungkan fungsi telefon, tablet dan PC – Galaxy Z Fold3 5G menawarkan keupayaan multitask yang menjadikannya sebagai pejabat
bersaiz poket, membolehkan anda meningkatkan produktiviti anda dengan pantas!

Peranti ini bermula sebagai telefon pintar anggun, sesuai untuk melakukan tugasan yang mudah. Dalam mod Flex  , ia dibentangkan kepada paparan AMOLED 2X Infinity 7.6-inci dengan kadar penyegaran
120Hz – menawarkan ruang kerja yang luas dengan tiga tetingkap secara serentak dalam paparan Split-Screen supaya anda boleh membaca, mencipta dan menyelesaikan lebih banyak kerja dengan cekap.

Tambahan, anda boleh mereka bentuk ruang kerja ideal anda dan mengakses aplikasi kegemaran anda secara pantas dengan hanya satu ketikan, berkat pelancar swipe-in Edge Panel.

Ia juga berfungsi tanpa gangguan dengan aplikasi Microsoft  anda, membolehkan anda membuka stesen kerja yang lebih baik dan menyemak senarai tugasan anda dalam sekelip mata.

Dibina untuk berfungsi dengan lancar dengan S Pen, anda boleh melakukan pelbagai perkara – dengan keupayaan yang pelbagai seperti menukar tulisan kertas kepada teks dan menggunakan Smart Select
untuk menangkap kandungan pada skrin dengan cepat dan mengekstrak teks, S Pen memastikan pengalaman responsif tanpa kompromi dan membolehkan anda memanfaatkan sepenuhnya kerja mudah alih sambil membuka kemungkinan baharu untuk kreativiti.

Galaxy Z Fold3 5G juga menggunakan bingkai Aluminium Armor dan Gorilla® Glass Victus™ untuk melindungi daripada calar dan kerosakan jatuh, dan penarafan IPX8 untuk rintangan air.

Bawa peranti ini ke pelbagai tempat! Dengan ketahanan yang dipertingkatkan, peranti ini memberikan anda ketenangan fikiran sepanjang hari – sesuai untuk mereka yang ingin melakukan kerja semasa dalam perjalanan.

Anda boleh membawanya bersama anda semasa perjalanan ke destinasi cuti anda, ke kafe atau taman untuk menukar pemandangan – anda tidak lagi perlu bimbang tentang peranti anda rosak.

Dilengkapi dengan ciri multitask yang serba boleh, peranti ini memperkasakan anda untuk melakukan lebih banyak perkara semasa dalam perjalanan – jauh di lubuk hati, anda tahu ini peranti yang sesuai
untuk anda.

Jika ya, jom jadikan musim percutian ini lebih bermakna dengan Kempen Impian Raya Bersama yang berlangsung sekarang sehingga 15 Mei 2022 – membawakan anda senarai hadiah bernilai sehingga RM1,200,000 untuk dimenangi dan dibawa pulang kepada orang tersayang apabila anda membeli Galaxy Z Fold3 5G dan produk layak yang lain.

Jadi, jangan tunggu lagi dan cuba nasib anda untuk memiliki salah satu ekosistem peranti inovatif Samsung Galaxy!