FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) hari ini mengumumkan pelancaran FWD SpecialMed, pelan perubatan dalam talian yang direka khas untuk mengutamakan keperluan dan menyelesaikan cabaran utama yang dihadapi oleh golongan dengan masalah pembelajaran tahap ringan hingga sederhana dalam mendapatkan rawatan perubatan.

Melalui kajian yang mendalam tentang segmen ini, FWD Takaful mendapati bagaimana penjagaan perubatan kadangkala sukar diperolehi dan memberi pengalaman pahit kepada kebanyakan golongan dengan masalah pembelajaran.

Banyak penyedia takaful atau penanggung insurans mempunyai polisi pengecualian yang ketat, walaupun untuk orang kurang upaya tahap ringan. Walaupun penjagaan kesihatan awam ada tersedia, seseorang yang sakit atau cedera yang mengalami masalah pembelajaran mungkin mendapati masa menunggu, persekitaran yang sibuk dan ketidakupayaan untuk berjumpa doktor yang dikenali amat mencabar.

Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful berkata, ketersediaan dan kemampuan bagi perlindungan perubatan swasta dengan manfaat yang relevan untuk orang kurang upaya adalah cabaran utama bagi komuniti orang kurang upaya.

FWD SpecialMed adalah salah satu daripada pelbagai cara yang kami rancang untuk menangani perkara ini, kerana kami percaya bahawa memberi keutamaan kepada keperluan golongan dengan masalah pembelajaran tahap ringan hingga sederhana bukanlah layanan istimewa, tetapi layanan yang adil, memandangkan cabaran tambahan yang mungkin mereka hadapi dengan penjagaan perubatan.”

FWD SpecialMed menawarkan dua pilihan perlindungan yang boleh diperbaharui secara tahunan, dengan had tahunan masing-masing sehingga RM50,000 dan RM100,000, tanpa had seumur hidup. Ia termasuk manfaat berikut:

  1. Penjagaan Perubatan : termasuk perlindungan semasa dimasukkan ke hospital, pembedahan dan pesakit luar
  2. Rawatan Lanjut : termasuk perbelanjaan selepas dimasukkan ke hospital dan subsidi sehingga RM2,000 untuk pemulihan dan terapi, untuk masa yang terhad sahaja
  3. Penjagaan Tambahan : bantuan RM5,000 untuk kos pengebumian jika pemilik sijil adalah penjaga kepada orang dengan masalah pembelajaran serta subsidi sehingga RM800 (untuk masa yang terhad sahaja) untuk orang dengan masalah pembelajaran menghadiri latihan kerja atau kursus vokasionalPelan ini ditawarkan kepada golongan dengan masalah pembelajaran tahap ringan hingga sederhana berumur 5 hingga 55 tahun, atau kepada ibu bapa atau penjaga sah yang berumur sekurang-kurangnya 17 tahun. Pelan diperbaharui setiap tahun sehingga orang dengan masalah pembelajaran mencapai umur 71 tahun.