Pada acara Galaxy A pada 17 Mac, Samsung Electronics memperkenalkan tambahan
terbarunya kepada siri Galaxy A yang hebat: Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G,
peranti berkuasa yang membawa inovasi Galaxy terkini kepada lebih ramai pengguna
dalam reka bentuk yang bergaya.
Peranti siri Galaxy A baharu memberikan pengalaman tontonan yang menyeronokkan dan benar-benar mengasyikkan berkat kepada bateri yang bertahan selama dua hari dan Paparan Super AMOLED yang luas dan terang, serta pengalaman ketersambungan yang dipertingkatkan antara peranti Galaxy.
Lebih-lebih lagi, pengguna Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G boleh menikmati pengalaman kamera terbaik pada bila-bila masa, di mana sahaja kerana adanya sistem kamera berkuasa AI khas Galaxy.
Jika anda terlepas menonton Galaxy A Event terbaharu, lihat video untuk tayangan
semula secara keseluruhannya di sini: https://bit.ly/3qhUfRb