Berita baik untuk pelanggan baharu Astro kerana mereka boleh menikmati TAWARAN TERHAD 30 HARI PERCUMA untuk pek terpilih apabila mereka mendaftar Astro bermula 16 Februari.
Bagi mereka yang sedang mempertimbangkan Astro, tawaran ini amat bersesuaian kerana terdapat pelbagai filem-filem baharu eksklusif dan hits yang boleh distrim di Ultra Box. Antaranya Matrix Resurrection, Dune, The King’s Man, Fast and Furious 9, Eternals, filem hit Disney Encanto dan Snowdrop serta ratusan yang lain.
Bagi pelanggan yang mahukan keterujaan kepada kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij seperti Liga Perdana Inggeris, perlawanan bola sepak Eropah, perlumbaan hangat F1 dan Moto GP di lokasi-lokasi yang menarik serta Wimbledon, mereka mempunyai pelbagai pilihan menerusi bundle Sports untuk memenuhi bajet mereka.
Dengan tahun 2022 yang bakal menjadi Tahun Kegemilangan Sukan termasuk Piala Dunia di Qatar, promosi PERCUMA selama 30 hari ini amatlah bersesuaian.
Tawaran ini tidak termasuk Pek Primary dan hanya diberikan kepada pelanggan dengan kontrak 24 bulan sahaja. Para pelanggan turut boleh mendapatkan rebat pada yuran pemasangan untuk Ultra Box dan Ulti Box iaitu sebanyak RM39 atau RM19 untuk Ultra Plug & Play Box.
Pelanggan di kawasan jalur lebar berkelajuan tinggi kini mempunyai pilihan untuk memilih Ultra Plug & Play Box baharu yang tidak memerlukan pemasangan satelit. Ia boleh dipasang sendiri seperti memasang mana-mana peranti Bluetooth.
Dengan tawaran ini, pelanggan boleh mengenali bundle dan pakej baharu Astro yang pastinya memenuhi pelbagai pilihan dan kombinasi untuk segenap lapisan masyarakat.
Pelanggan bukan sahaja akan dihiburkan dengan hiburan daripada Astro tetapi juga Netflix, HBO GO, Disney+ Hotstar, iQIYI, TVB Anywhere, Variety, Kids dan Sports dengan kombinasi fleksibel yang memenuhi citarasa Malaysia yang moden, dalam satu pakej untuk kemudahan yang lebih besar tanpa perlu melanggan semuanya secara berasingan.