Tahun 2022 bertambah baik dengan HONOR Malaysia meraikan perayaan Tahun Baru Cina menerusi platform dalam talian di HONOR Lazada Flagship Store dan HONOR Shoppe Official Store bermula dari 18 Januari hingga 25 Januari 2022 dengan menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM5 juta!

Bakal mencuri perhatian sepanjang jualan tersebut adalah HONOR MagicBook X 15, komputer riba kompak, berkuasa dan ideal untuk dimiliki pada tahun baru ini. Kedua-dua versi i3 dan i5 selepas diskaun eksklusif sebanyak RM300 masing-masing berharga RM1,999 dan RM2,599.

Jualan Online Sambutan Tahun Baru Cina HONOR

#1 HONOR MagicBook X 15 – Kompak dan Berkuasa, Premium Ringan dan Paparan Keselesaan Mata

HONOR MagicBook X 15 hadir dengan Paparan FullView HONOR Keselesaan Mata 15.6 inci, bingkai 4.8mm ultra-nipis di tiga sisinya dan nisbah skin ke badan 84% yang memberi pengalaman menonton superior serta imej berkualiti tinggi.

HONOR MagicBook X 15 amat sesuai untuk golongan yang menghabiskan masa panjang di hadapan skrin. Ianya juga komputer riba ideal untuk pelajar disebabkan harganya yang mampu milik.

Di samping itu, skrinnya diperakui Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan Bebas Berkelip TÜV Rheinland yang menjaga mata, pelajar tidak akan mengalami keletihan mata semasa belajar, Sebagai komputer riba yang tahan lasak dan efisien, ianya harus menjadi milik anda pada jualan Sambutan Tahun Baru Cina ini!

#2 HONOR 50 – Telefon Pintar Vlog Terbaik HONOR harga dari RM1,699

HONOR 50 mempunyai enam mod multi-video termasuk Picture in Picture, Rakaman Fast and Slow-Motion, Rakaman Dual-view serta Rakaman Pause Live.

Dengan kamera utama 108MP dan kamera depan 32MP, anda boleh memuat naik rakaman terus ke Insta Stories tanpa suntingan yang merumitkan! Untuk harga dari RM1,699, anda boleh memiliki HONOR 50 dengan hadiah percuma HONOR Choice Earbuds X dan Sarung Tali Tangan HONOR!

#3 HONOR 50 Lite – Telefon pintar mampu milik dengan pengalaman bertahap flagship dengan hanya RM999

Pada harga serendah RM999, HONOR 50 Lite hadir dengan pengecasan luar biasa menerusi HONOR SuperCharge 66W 1 , sesuai untuk permainan mudah alih dan tontonan video tanpa berhenti.

Telefon pintar ini dilengkapi paparan LCD Pensijilan TÜV Rheinland Tahap Perkakasan pertama di dunia dan Bingkai Super Narrow 1.05mm yang mencapai 94.4% nisbah skrin ke badan, sekaligus memberi tontonan yang mengasyikkan.

Mengenai kamera pula, Kuad Kamera 64MP telefon pintar ini memberi lensa jelas untuk butiran foto menakjubkan, terbaik untuk menangkap foto semasa cuti-cuti Malaysia.

#4: Siri HONOR MagicBook (AMD)

Kepada golongan elit perniagaan, belilah HONOR MagicBook 15 AMD yang mempunyai skrin lebar 15 inci dan dijual pada harga RM2,699. HONOR MagicBook 14 AMD pula didatangkan dengan saiz kelebaran skrin 14.1 inci dan nisbah skrin ke badan 84%. HONOR MagicBook 14 versi 8GB + 256GB berharga RM2,699, manakala versi 8GB + 512GB bernilai RM2,999.

Siri HONOR MagicBook ini dilengkapi Kolaborasi Multi-skrin 2 yang boleh dipadankan dengan HONOR 50 dengan satu sentuhan mudah, seterusnya menghubungkan fail di telefon pintar ke komputer riba anda.

#5: HONOR MagicBook Pro

HONOR MagicBook Pro dilengkapi paparan bingkai sempit, kompak dan berkuasa serta tidak menimbulkan masalah berlengah apabila membuat panggilan video dalam talian.

HONOR MagicBook Pro turut diperakui Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan Bebas Berkelip TÜV Rheinland untuk mencegah mata daripada keletihan dan mengalami tekanan.

Dengan komputer riba ini, anda boleh menonton video sepanjang hari sambil membuat kerja dengan lancar. Tambahan pula dengan pengecas pantas 65W, anda pasti seronok menggunakan HONOR MagicBook Pro!

Cepat rebut telefon pintar dan komputer riba kegemaran anda di Jualan Sambutan Tahun Baru Cina! Dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM5 juta, sertai keseronokan ini dari hari ini hingga 15 Februari 2022 di HONOR eStore, Lazada, Shopee, Digi, Maxis, Senheng dan senQ, atau kunjungi Kedai HONOR dan Kedai Sah HONOR!

Percayalah, inilah tawaran yang anda pasti tidak mahu ketinggalan! Ambil peluang ini untuk memiliki HONOR 50, telefon pintar Vlog terbaik HONOR!