Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga Profesor Adjung UMT, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, peranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) amat besar kepada masyarakat.

Ini kerana di seluruh negara, isu perumahan, isu rumah mampu milik menjadi fokus utama kementerian selain dari agensi dibawahnya seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat yang banyak menabur jasa kepada masyarakat dan negara.

“Pihak bomba banyak mencurah bakti ketika waktu negara dilanda bencana tidak mengira waktu dan masa tidak kira dari kes kebakaran, banjir hingga kepada menangkap haiwan berbisa lain.

“Sehingga kini anggota bomba terus menabur bakti tanpa henti membantu mangsa banjir atau pihak berkuasa tempatan dalam operasi dan pembersihan banjir yang berlaku di seluruh negara termasuk yang terjejas teruk di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya.

Datuk M Noor Azman menunjukkan peranan Agensi Bomba dibawah KPKT memainkan peranan penting untuk masyarakat tanpa mengira waktu kepada Mustapha (kanan) di pejabatnya

Mustapha berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Noor Azman Taib di Putrajaya, baru-baru ini

Dalam pada itu, Mustapha turut menyentuh isu mengenai perumahan rakyat dan menurut M Noor, itu menjadi fokus utama pada tahun 2022 dengan program perumahan rakyat menjadi agenda utama kementerian.

Mustapha berkata, pihaknya juga memuji langkah yang diambil oleh KPKT dalam usaha membantu rakyat memiliki rumah sendiri mengikut kemampuan mereka.