1. Bagaimanakah airasia menyambut ulang tahun ke-20?
Sempena sambutan ulang tahun ke-20, kami menandakan peristiwa istimewa ini dengan
penerbangan pulang khas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh kru kabin dan juruterbang yang masing-masing mempunyai pengalaman lebih dari dua dekad.
2. Bilakah tarikh ulang tahun airasia?
Ulang tahun airasia adalah pada 8 Disember sempena tarikh Tune Air mengambil alih AirAsia secara rasmi pada tahun 2001.
3. Apakah aktiviti yang dijalankan?
Selain aktiviti yang menyeronokkan dan menarik untuk para tetamu termasuk kuiz, pemberian coklat istimewa dari Love18c dan minuman dari ChekHup, kami juga akan mempamerkan pakaian seragam airasia di era DRB-Hicom secara eksklusif dalam penerbangan ini.

4. Apakah butiran penerbangan ini?
Penerbangan istimewa ini berlepas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dengan pesawat AK5104 pada jam 10.25 pagi dan tiba pada 1.00 tengah hari. Penerbangan pulang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dengan pesawat AK5105 berlepas pada jam 1.25 petang dan tiba pada jam 4.00 petang.
5. Siapakah kru yang mengendalikan penerbangan tersebut?
Kru yang mengendalikan penerbangan tersebut adalah:
● Kapten Ezanie
● Kapten Omar Taib
● Adilah Rahim, Kru Kabin
● Faizal Seth, Kru Kabin
● Linda Aziz, Kru Kabin
● Salmi Shanim, Kru Kabin
6. Mengapakah airasia memilih kru ini untuk mengendalikan penerbangan istimewa ini?
Kepelbagaian, keterangkuman dan kesamarataan adalah aspek penting dalam operasi kami. Pad tahun 2003, kami telah melanjutkan umur persaraan kru kabin kepada 55 tahun, untuk kru lelaki dan perempuan yang merupakan langkah penting dalam industri. Ini juga merupakan satu cara untuk kami menghargai Allstars dan komitmen mereka terhadap airasia.
7. Apakah kisah di sebalik pakaian seragam kru kabin AirAsia?
Semasa era DRB-HICOM dan airasia adalah sebuah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, pakaian seragam kru kabin terdiri daripada 3 helai pakaian iaitu baju berkolar, vest dan jaket. Bagi wanita, pakaian seragam itu dilengkapkan dengan selendang yang diikat di leher.
Warnanya pula adalah hijau dan biru untuk mewakili sejarah airasia. Untuk maklumat lanjut mengenai pakaian seragam di era DRB-Hicom. Pakaian seragam ikonik AirAsia yang berwarna merah pula telah direka oleh Kru Kabin kami dan graduan reka bentuk Paris American Academy, Lazarus Shuib.
Reka bentuknya memenangi Pakaian Seragam Terbaik di Pertandingan Antarabangsa Miss Airline (2004) semasa Pameran Udara China ke-5 di Zhuhai.
8. Apakah promosi lain untuk ulang tahun airasia yang ke-20?
Sempena sambutan ulang tahun airasia ke-20, airasia Super App melancarkan pelbagai tawaran menarik untuk penerbangan, penghantaran makanan, barangan runcit, e-panggilan dan banyak lagi.
● Dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021, airasia travelmall portal barangan bebas cukai dalam talian akan menawarkan jualan dengan diskaun sehingga 60% dengan penghantaran percuma untuk barangan kecantikan.
● Dari 1 Disember hingga 20 Disember 2021, para tetamu boleh menikmati diskaun 20% untuk semua tempahan hotel di airasia Super App dengan kod promosi HAPPY20 semasa
membuat pembayaran.
● Dari 1 Disember hingga 20 Disember 2021, pelanggan airasia health boleh menikmati
rawatan muka dan laser oleh Pure Touch Clinic dengan hanya RM200.
● Dari 16 Disember hingga 20 Disember 2021, pengguna airasia food boleh memesan dan
menikmati hidangan dengan harga terendah.
● Dari 16 Disember hingga 20 Disember 2021, pelanggan airasia grocer boleh mendapatkan tawaran terbaik.
● Dari 16 Disember hingga 20 Disember 2021, airasia ride akan menawarkan Perjalanan
Percuma dengan kod promosi FREERIDE, dihadkan pada RM10.
● Dari 16 Disember hingga 20 Disember 2021, airasia xpress akan menawarkan
Penghantaran Percuma untuk penghantaran bungkusan, terhad kepada 100 transaksi
pertama setiap hari, dihadkan pada 2 kali penggunaan.
● Pada 15 Disember 2021, pengguna boleh menikmati diskaun sehingga RM100 apabila
mereka memperbaharui insurans kereta dengan airasia money.
● Pada 14 Disember 2021, pengguna Ikhlas boleh membeli 2 barang terpilih pada harga RM20 dan menikmati Penghantaran Percuma.
9. Di manakah kami boleh mendapatkan lebih banyak kisah menarik tentang airasia?
Untuk lebih banyak kisah menarik, tontoni siri Never Stop yang akan bermula pada Januari 2022, menampilkan Allstars kami yang berkongsi pengalaman mereka selama ini dan keterujaan untuk masa depan airasia.
10. Di manakah semua orang boleh mengakses arkib airasia?
Lihat kejayaan dan kegagalan kami, bagaimana kami telah bangkit berkali-kali dan terbang lebih tinggi di Muzium airasia di sini.
11. Siapakah yang turut bekerjasama untuk menjayakan penerbangan istimewa ini?
Kami bekerjasama dengan jenama tempatan ChekHup dan Love18c untuk menjayakan penerbangan istimewa ini. AirAsia Media Group dan PHAR Partnerships bekerjasama dengan Chek Hup di bawah RedCarpet Channel Partnership pada bulan September 2020.
Kerjasama ini termasuklah memanfaatkan aset pengiklanan airasia seperti menu dalam penerbangan, radio dan airasia wifi, selain dulang hidangan dan program secara terus. CheckHup diasakan oleh penggemar kopi yang menggabungkan rasa dan budaya tempatan dengan biji kopi premium yang dipanggang.
Love18c berbangga kerana dapat berkongsi coklatnya yang telah memenangi pelbagai anugerah dengan penumpang AirAsia. Eddie Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Love18C berkata: “Sempena ulang tahun ke-20 AirAsia, kami ingin berkongsi coklat buatan Malaysia untuk meraikan sambutan yang cukup bermakna ini. Kami berharap para penumpang menyukainya!”








































