Gemar menghabiskan masa lapang anda dengan bermain permainan video yang menyeronokkan? Ia bakal menjadi lebih seronok bagi anda kerana minggu ini, Samsung
mengumumkan kolaborasi mereka bersama platform Esports terkemuka, Championfy.

Para pemain akan berpeluang untuk memenangi e-baucar bernilai sehingga RM150 berserta hadiah mingguan apabila mereka menyertai pertandingan di Samsung Arena dari 3 Disember 2021 hingga 28 Januari 2022.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah di bawah:

1. Muat turun aplikasi Championfy, daftar dan sertai Samsung Arena yang dianjurkan oleh
aplikasi Championfy. Selepas menyertai satu permainan dalam Samsung Arena, setiap
peserta akan menerima e-baucar 2 Samsung bernilai sehingga RM150 melalui aplikasi
tersebut.

2. Tiga pemenang utama juga akan memenangi hadiah mingguan selain daripada e-
baucar. Anda boleh mengambil bahagian dalam kejohanan seperti yang tertera bawah
ini:

 Minggu 1 (3 Disember – 9 Disember): Swipe Basketball
 Minggu 2 (11 Disember – 17 Disember): Jewel Block
 Minggu 3 (18 Disember – 24 Disember): Fruit Slash
 Minggu 4 (25 Disember – 31 Disember): Knife Ninja
 Minggu 5 (1 Januari – 7 Januari): ZigZag
 Minggu 6 (8 Januari – 14 Januari): Aztec Treasure
 Minggu 7 (15 Januari – 21 Januari): Jewel Block
 Minggu 8 (22 Januari – 28 Januari): Knife Ninja