Qoala Malaysia dan rakan-rakan insuransnya akan menawarkan diskaun bagi insurans kereta yang dibeli menerusi platform mereka mulai 1 Disember 2021

Syarikat InsurTech (teknologi insurans) berbilang saluran terkemuka di Asia Tenggara, Qoala Malaysia (Qoala), hari ini mengumumkan penyertaannya dalam jualan hebat akhir tahun 12.12 dengan menawarkan diskaun 12% bagi insurans kereta kepada pelanggan mereka.

Dengan Qoala, pelanggan dijamin menerima harga terendah, sebut harga serta-merta, dan keupayaan untuk membandingkan produk bagi insurans kenderaan.

Rakan-rakan kerjasama dan penanggung insurans di platform Qoala seperti AXA Insurance,
TuneProtect, Trapo, dan Pomen juga turut serta menawarkan potongan sepanjang tempoh
diskaun, dengan mengadakan promosi di platform masing-masing.

Dari 1 hingga 14 Disember 2021, pengguna Qoala akan diberikan diskaun 12% bagi insurans kereta dengan kod promo “QOALA1212” yang boleh digunakan di laman web www.qoala.app/my.

Kod ini sah sepanjang tempoh promosi untuk semua pengendali insurans yang tersenarai di
aplikasi Qoala.app. Kod promosi yang sama juga boleh digunakan dengan rakan kerjasama
Qoala, Trapo, yang akan menawarkan promosi tambahan pada jualan akhir tahun 12.12 kali ini, dengan diskaun 10% di seluruh gedungnya.

“Kami amat teruja untuk membawakan kemeriahan jualan hebat 12.12 kepada pembeli insurans kenderaan buat julung kalinya,” kata Calvin Teng, Pengurus Negara Qoala Malaysia.

“Inisiatif ini juga merupakan tanda penghargaan kepada semua pengguna Qoala di Malaysia dan merupakan cara kami menunjukkan nilai dan kesenangan yang boleh dinikmati rakyat Malaysia apabila membeli insurans dalam talian.”

Sebagai salah satu daripada pesta beli-belah paling mendapat sambutan di Asia Tenggara, 12.12 (atau Double 12) ialah tarikh penting untuk pengguna merebut peluang membeli barangan dan perkhidmatan pada kadar terdiskaun.

Sebagai sebuah syarikat yang bertekad memberikan pengalaman insurans terbaik kepada pelanggannya, penyertaan Qoala dalam jualan hebat akhir tahun 12.12 kali ini sekali gus membolehkan pengguna tempatan memanfaatkan perkhidmatan insuransnya pada kos permulaan lebih rendah.

Di samping itu, Tune Protect dan AXA turut sama membawakan tawaran musim perayaan,
dengan diskaun istimewa di platform mereka. Tune Protect akan menawarkan diskaun 30%
kepada pelanggan serta ganjaran mata BIG (*RM1 = 1 mata BIG).

Sementara itu AXA pula akan menyediakfan perlindungan kemalangan diri percuma bernilai RM10,000 di samping diskaun 10%. Selain daripada itu, terdapat juga tawaran mengejut daripada rakan-rakan Qoala dengan setiap pembelian pelanggan.