Ingin mencurahkan kreativiti anda sejak kebelakangan ini? Inilah masanya untuk menunjukkan bakat dan kemahiran fotografi anda! Samsung Malaysia baru sahaja mengumumkan cara terbaik untuk anda mencurahkan kreativiti anda dengan cabaran #CaptureYourAwesome yang akan berlangsung di Instagram.

Semua pengguna Galaxy dialu-alukan untuk menyertai peraduan selama empat minggu ini
dan akan berpeluang untuk memenangi empat (4) hadiah utama, Galaxy A52s 5G, dan lapan (8) Galaxy A03s bagi tempat kedua.

Untuk menyertai cabaran #CaptureYourAwesome, anda mestilah warga Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, dan merupakan pengguna Galaxy. Selepas itu, ikut sahaja langkah-langkah mudah ini:

1. Ikuti @SamsungMalaysia di Instagram.
2. Muat naik gambar pada halaman Instagram anda berdasarkan tema mingguan seperti berikut:

3. Sertakan hashtag #CaptureYourAwesome, #withGalaxy dan #[model telefon digunakan] dalam kapsyen. Penyertaan lebih daripada satu (1) diterima.
4. Tag @SamsungMalaysia dan dua rakan pada post anda. Rakan yang anda tag mesti ikuti
@SamsungMalaysia juga.

Jangan lupa untuk menetapkan profil anda kepada public supaya gambar ohsem anda dapat dilihat oleh juri! Dua (2) pemenang hadiah utama dan lapan (8) pemenang hadiah mingguan akan dipilih oleh juri dan diumumkan di Instagram Stories Samsung Malaysia seperti berikut:

Jangan lepaskan peluang ini dan mula menangkap winning shot anda sekarang! Untuk maklumat lanjut tentang cabaran #CaptureYourAwesome, lawati halaman peraduan di
https://www.samsung.com/my/offer/mobile/captureyourawesome/