Telefon pintar vlog terbaik HONOR dengan ciri-ciri kamera yang hebat diminati ramai di Malaysia, kini peminat boleh mendapatkan HONOR 50 hanya RM 1, dengan Pelan Pascabayar 158 Maxis bermula 18 November ini.

HONOR 50 – Keindahan dengan Satu Tangkapan

HONOR 50 memberi pengalaman merakam vlog dalam satu tangkapan ke satu tahap yang baru, menjadikannya swafoto dan video yang terbaik dan menyeronokkan untuk dijadikan kenangan bersama rakan-rakan.

Anda kini boleh merakam vlog dengan 6 mod vlog, pada masa sama tetap mampu menghasilkan kualiti foto yang jelas dan tajam. Kini dengan kuad kamera yang dinaik taraf,
dilengkapkan lagi dengan kamera utama 108MP dan kamera depan 32MP, peminat HONOR 50 boleh merakam foto dan video dengan kejelasan ultra dan perincian yang cantik, walaupun pada waktu malam ketika pencahayaan terhad.

Terima kasih kepada bateri 4300mAh, HONOR 50 memiliki jangka hayat bateri yang lama, ditambah dengan 66W Pengecasan Pantas HONOR, sekaligus meningkatkan tahap bateri dari sifar ke 70% dalam masa 20 minit, jadi tidak perlu risau lagi masalah kehabisan bateri.

Cas telefon anda dengan mudah sebelah pagi, bersiap-siap untuk bekerja, nikmati secawan kopi dan sekeping roti, tahu-tahu saja HONOR 50 anda sudah dicas sepenuhnya! Tiada lagi Isnin yang muram kerana HONOR 50 dapat mengatasi masalah itu!

Cabaran #HONOR50Duet bersama Noonoouri

Serlahkan kemahiran fotografi anda dengan HONOR 50. HONOR Malaysia telah bergabung dengan “avant-garde” fesyen maya Noonoouri membuat cabaran TikTok, menjadikan anda seorang bintang dengan rakaman vlog HONOR 50.

Untuk menyertai cabaran #HONOR50uet Noonoouri, sertai peraduan bermula 10 November 2021 hingga 31 Disember 2021 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti HONOR MagicBook 14, HONOR 50, dan HONOR Earbuds 2 Lite!

Syarat-syarat yang diperlukan:
(1) Ikuti akaun rasmi TikTok HONOR @honormalaysia dan cari #HONOR50duet.
(2) Pilih salah satu cara untuk sertai cabaran:
(a) Tekan butang rakam di laman #HONOR50duet dan gunakan ‘sticker’ seperti yang ditetapkan untuk merakam
(b) Rakam dengan video rasmi yang di pin di atas laman yang ditetapkan.
(3) Tag @honormalaysia dan hashtag #HONOR50duet ketika menyiarkan video.
(4) Anda tidak dibenarkan menggunakan sebarang unsur jenama telefon pintar lain, logo, dan kandungan yang tidak senonoh.

Tunggu apa lagi? Semak cabaran menari #HONOR50Duet di TikTok sekarang:
https://bit.ly/HONOR50Duet.

Pastinya sesuatu yang mengujakan berlaku pada November ini! Tandakan kalendar anda dan lawati Pusat Maxis terdekat bermula 18 November untuk mengetahui lebih lanjut pelan pascabayar HONOR 50 dan dapatkan telefon pintar vlog HONOR terbaik!

Untuk maklumat lanjut tentang cabaran TikTok, sila layari laman Facebook HONOR Malaysia www.facebook.com/HONORMY.