Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menghadiri Seminar Anjuran Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) di bawah Kementerian Luar Negeri di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Pengerusi Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, kehadiran hampir 100 peserta secara bersemuka dan hibrid (maya) membabitkan pelbagai agensi kerajaan, universiti swasta, NGO dan Kementerian Luar Negara yang berada di Malaysia.

“Seminar dua hari ini membincangkan pelbagai isu iaitu mencegah keganasan yang diperluaskan di universiti awam dan penekanan kepada belia akan dipertingkatkan pada tahun hadapan.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2003, SEARCCT telah melaksanakan 295 program penglibatan peserta dari dalam dan luar negara seramai 11,574 peserta sehingga kini,” katanya.

Mustapha (kanan) bersama Timbalan Ketua Pengarah SEARCCT Ambassador Khairi 0mar

Menurut Ketua Pengarah SEARCCT, Dato Ganeson Sivagurunathan dalam ucapan pembukaan berkata, SEARCCT meletak harapan untuk mengadakan banyak lagi usaha memberi kesedaran pencegahan keganasan dan menjadi Pusat Rujukan Mencegah Keganasan.

“SEARCCT perlu memainkan peranan penting dalam mencegah dan menentang Ekstremisme Ganas kerana ciri-cirinya yang unik melihat kepada aspek berbilang budaya, agama dalam masyarakat kita seperti nilai belas kasihan, hormat-menghormati dan toleransi yang menjadi asas kejayaan kita setakat ini.

“Oleh itu kami mengalu-alukan input dan idea serta kritikan membina bagi meningkatkan usaha mencegah keganasan demi kesejahteraan Malaysia menerusi mesyuarat, bengkel perancangan strategik SEARCCT bagi tahun 2021 ini,” katanya.