Pengeluar kenderaan premium mempersembahkan pakej-pakej pilihan tambahan untuk
membolehkan jentera BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport diperibadikan dengan
rangkuman yang istimewa, kini sedia untuk dipratempah.

BMW Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan BMW iX Configurator, ia menawarkan pelbagai pakej tambahan untuk memperibadikan lagi Pengalaman Pemilikan Elektrik Bertaraf Premium bagi varian-varian BMW iX yang bakal membuat kemunculan tidak lama lagi.

Pakej-pakej tambahan ini disediakan untuk para pelanggan yang telah membuat
pra-tempahan bagi kenderaan pilihan masing-masing, begitu juga dengan pelanggan yang
merancang untuk menempah varian-varian BMW iX xDrive40 yang sulung sebelum 12 Oktober 2021.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Peluang untuk
memperibadikan kenderaan BMW i disediakan kerana ia sinonim dengan visi kami bagi barisan kenderaan alaf baharu ini.

Secara tradisinya, portfolio kami dianggotai oleh kenderaan yang dikuasakan oleh sumber bahan api, dan kini dengan penawaran kenderaan elektrik berprestasi tinggi ini, kami juga ingin meletakkan Kuasa Pilihan di tangan para pelanggan setia kami yang ingin
memperibadikan lagi kenderaan BMW milik mereka – biarpun dari sudut keselesaan yang
diperkayakan, interior yang elegan, atau ciri-ciri keselamatan dan pemanduan tambahan yang boleh dipilih untuk BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport.”

Pengkonfigurasi ini membolehkan pelanggan yang akan pratempah, atau yang telah menempah varian-varian BMW iX xDrive40 yang sulung sebelum 12 Oktober, menikmati mana-mana satu daripada pakej pilihan unik yang disediakan.

Untuk melihat pengkonfigurasi ini serta bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej-pakej tambahan yang telah dinyatakan, sila layari https://www.bmw.com.my.

BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport sedia untuk dipratempah dengan bayaran RM5,000.00 menerusi platform BMW Shop Online: https://shop.bmw.com.my/.