Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) baru-baru ini menganjurkan pelbagai program kebajikan menyantuni golongan asnaf di beberapa negeri dan sekitar Lembah Klang.

Di Pulau Pinang, Program Jom Bantu Asnaf Covid 19 & Program Infak Buku Jom Belajar Tajwid -Ustaz Dino anjuran Baitul Hasan telah berjaya menyantuni 100 keluarga asnaf dengan Pek Makanan Asas & Buku Jom Belajar Tajwid di Surau Nurul Salam, Bayan Lepas & Masjid Hj Kassim Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat serta 50 pelajar & guru di Madrasah Tahfiz Darul Ukasha, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Di Batu Kikir, Negeri Sembilan, Baitul Hasan dengan kerjasama Persatuan Makanan Ehsan (Free Food Society) & Jaya Grocer telah menyantuni 150 keluarga asnaf & kakitangan Masjid Jamek Batu Kikir menerusi bantuan Pek Makanan Asas serta 73 pelajar & guru di Pusat Pengajian Ibnu Razak dengan sumbangan infak & wakaf Buku Tajwid Ustaz Dino.

Di Kuala Lumpur, Baitul Hasan telah menyantuni 100 pemandu teksi sekitar Kuala Lumpur & Selangor dengan bantuan kewangan & pek makanan asas.

Di Kota Bharu, Kelantan, Baitul Hasan telah berjaya menyantuni 150 warga asnaf (penarik beca, pemandu teksi bandar, lapangan terbang, kereta sewa, pengawal keselamatan sekolah & asnaf yg uzur) di sekitar Kota Bahru Kelantan dengan sumbangan Wang Zakat & Pek Makanan Asas.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, menerusi program ini diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang terkesan akibat COVID-19.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan misi ini khususnya para dermawan yang sentiasa menyokong usaha Baitul Hasan untuk membantu golongan asnaf yang terkesan akibat COVID-19,” katanya.

Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).