HONOR MagicBook 14 dikuasakan siri pemproses AMD Ryzen 5000 dan bateri berkapasiti besar 56Wh
Telefon pintar baharu HONOR 50 yang dinanti-nantikan bakal memasuki pasaran Malaysia sekitar Oktober ini! Namun sebelum itu, “teman sejati” HONOR 50 iaitu HONOR MagicBook 14 terlebih dahulu dilancarkan pada 1 Oktober.
Untuk HONOR MagicBook 14 baharu ini, ia dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen 5 5500U 7nm dan Grafik AMD Raedon.
Ketika negara masih dilanda pandemik, terdapat permintaan tinggi yang berterusan
terhadap peranti berprestasi tinggi dengan masalah “lagging” minima.

Di sini, masalah tersebut telah diatasi dengan HONOR MagicBook 14 yang mampu
memberi prestasi luar biasa untuk memproses grafik, mengendalikan tugas
kompleks, menyokong permainan, mengedit video dan sebagainya.
HONOR MagicBook 14 – Prestasi yang tiada tandingan, cipset berkuasa dimuatkan dalam bateri berkuasa HONOR MagicBook 14 dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen 5 5500U 7nm dan Grafik AMD Radeon.
Ini bermakna segala tugas kompleks dan berat berjalan lancar dengan HONOR MagicBook 14 dimuatkan dengan memory dwi-saluran 8GB bagi meningkatkan kadar penghantaran sehingga 50% berbanding dengan memori saluran tunggal.
Komputer riba ini dipadankan dengan pemacu simpanan dalaman pantas 512GB PCIe NVMe SSD, sekaligus membawa prestasinya ke peringkat lebih tinggi. Dengan menekan Fn+P boleh mengaktifkan mod prestasi HONOR MagicBook 14 bagi
membolehkan pengguna melakukan tugasan berat seperti mengedit video, melukis
dan membina model lukisan serta multi-tugasan.
Seterusnya, HONOR MagicBook 14 hadir dengan paip haba berkembar dengan rekaan kipas besar untuk melepaskan haba dengan cekap. Ianya bagi mencapai pengambilan udara lebih tinggi sehingga 36% supaya komputer riba ini dapat mengekalkan suhunya ketika melakukan tugas berat seperti bermainan permainan.

Pada masa sama, pengguna dapat menyiapkan tugas tanpa sebarang gangguan
kerana bunyi bising lebih rendah dan haba dilepaskan tanpa bunyi.
Selain itu, HONOR MagicBook 14 turut dilengkapi WiFi-6 bersama rekaan dwi antena MIMO 2X2 yang menyokong band duaan 2.4GHz/5GHz dan jalur lebar 160MHz yang mempercepatkan dan melancarkan muat turun fail serta menstabilkan rangkaian.
Pengguna tidak perlu berdepan masalah “lagging” ketika mengikuti persidangan video dalam talian dan melayari internet.
Akhir sekali, komputer hebat seperti ini haruslah memiliki bateri berkapasiti besar dengan pengecasan pantas. Berdasarkan data ujian daripada makmal HONOR,
HONOR MagicBook 14 dimuatkan dengan bateri 56Wh yang membolehkan masa
main balik video tempatan selama 11 jam.
Pengguna boleh menonton drama bersiri atau filem secara maraton tanpa perlu risau bateri cepat “kering”. Dengan pengecasan pantas 65W menerusi kabel data USB-C, HONOR MagicBook 14 boleh mencapai kuasa 65% dalam tempoh sejam dan ini memudahkan pengguna yang sentiasa sibuk.
Tumpuan jualan utama lain
HONOR MagicBook 14 dilengkapi paparan skrin HD FullView dan nisbah ke badan
84% dengan skrin diiktiraf Persijilan Cahaya Biru Rendah dan Bebas Berkelip TÜV
Rheinland yang dapat melindungi dan menyelesakan mata.
Mengenai luaran HONOR MagicBook 14 pula, kerangkanya diperbuat daripada
aluminium dan beratnya hanya 1.38kg, manakala ketebalanya cuma 15.9mm.
Sangat mudah untuk dimuatkan di dalam beg untuk dibawa ke pejabat atau kelas.
Harga dan ketersediaan
HONOR MagicBook 14 didatangi dalam dua warna pilihan iaitu Space Gray dan
Mystic Silver. Jualan HONOR MagicBook 14 akan bermula pada 1 Oktober 2021 di
seluruh negara dengan versi 8GB RAM + 256GB SSD dijual pada harga RM2,699
berserta hadiah percuma beg galas HONOR.
Manakala 8GB RAM + 512GB SSD ditawarkan pada harga RM2,999 dengan hadiah percuma beg galas HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth.
Komputer riba ini boleh dibeli menerusi HONOR Store, Lazada HONOR Flagship
Store, Shopee HONOR Official Store, stor rasmi Senheng dan juga Stor Sah
HONOR di seluruh negara.



































