Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga Ahli Yayasan Anti Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata integriti bukan sekadar berkaitan rasuah semata-mata tetapi ianya lebih kepada kehidupan kita seharian.

Para pelajar dari peringkat awal sehingga ke universiti perlu diterap dengan sikap integriti supaya kita dapat melahirkan insan yg terbaik dalam semua bidang.

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memperkasa dan membudayakan amalan integriti dalam semua aspek kehidupan bagi memastikan negara Malaysia akan sentiasa ditunjangi ahli-ahli masyarakat yang memiliki integriti diri yang tinggi.

Beliau berkata demikian dalam bual bicara di studio UMT.fm bersama dengan Pengarah Pembangunan Holistik & Kokurikukum UMT, Mohd Nor Shokri Abdul Rahman dan Dj Bard.