Portfolio bebas sepenuhnya untuk mencapai keseimbangan sempurna antara teknologi tercanggih dan pengalaman pengguna hebat
HONOR menjadi bualan hangat ramai baru-baru ini atas beberapa sebab yang positif. Sebagai jenama bebas baharu dan bukan lagi dipengaruhi masa silamnya, HONOR sentiasa dinantikan untuk melihat masa depannya yang hebat sebagai jenama sendiri, serta untuk peminat di seluruh dunia.
Namun masih timbul persoalan: adakah HONOR berupaya mengendalikan peningkatan
permintaan daripada pelbagai pengguna dengan pelbagai aspek sikap? Apakah potensi
HONOR untuk bergerak ke hadapan? Inilah kisahnya.
HONOR mula mencipta nama dengan menjadi antara syarikat peranti pertama yang
mereka cip sendiri. Ini memberikan satu kelebihan kepada syarikat ini, di samping pakar industri dalam mereka perkakasan tersuai dan perisian.

Pada hari ini, lebih 50% kadar pekerja di syarikat ini adalah profesional dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berdedikasi membangunkan teknologi perintis di semua pusat R&D dan lebih 100 makmal di seluruh dunia.
Dengan mengangkat inovasi produk sebagai nilai teras, HONOR bertekad melakukan pelaburan yang besar dalam keupayaan R&D untuk memperhebatkan portfolio telefon pintar dan peranti pintar.
Dengan beraspirasi untuk mencapai keseimbangan terbaik dalam teknologi tercanggih
dan pengalaman pengguna terbaik sebagai fokus utama, idea syarikat ini untuk
melangkaui batasan sistem Android dan membangunkan peranti mudah alih menerusi
kolaborasi dengan Qualcomm, Microsoft dan Intel menjadikan HONOR amat istimewa.
Pembangunan untuk membina platform 5G, kecerdasan buatan (AI), komunikasi,
pemprosesan imej, perisian, dan rekaan telah menjadikan HONOR berkebolehan dalam
teknologi penting, dengan GPU Turbo, Link Turbo, fotografi multi-kamera dan navigasi
yang kini mendapat permintaan tinggi.
Paling penting, HONOR telah menguasai ilmu teknologi kamera untuk membangunkan pemproses isyarat imej sendiri dan terus berkembang dalam mencipta pengalaman unik untuk penantian dan peminat setia HONOR di seluruh dunia. Inilah yang dikatakan dedikasi yang mendalam.
Pun begitu, HONOR tetap meneruskan usahanya dalam kecekapan, ketangkasan, dan
ketepatan untuk ke hadapan pembangunan produk. Sebagai bukti, tiga lelaran
dijalankan serentak pada satu siri produk iaitu satu di pasaran, satu bakal dilancarkan
dan satu lagi sedang dalam pembangunan.
Ini bertujuan melindungi setiap telefon pintar keluaran HONOR yang perlu melalui kawalan kualiti ketat, lulus dalam lebih 400 ujian produk, seterusnya menerima pengiktirafan daripada lebih 20 pensijilan global standard sebelum dilancarkan.

Memang banyak yang perlu dilakukan untuk mengeluarkan sebuah telefon pintar, namun pengguna sentiasa menuntut untuk yang lebih baik.
Justeru, HONOR berbesar hati melaksanakan pendekatan tersebut yang seimbang dan
bersesuaian dalam teknologi. Semuanya demi mencapai keseimbangan terbaik di
antara teknologi tercanggih dan pengalaman pengguna terbaik.
Kaya dengan teknologidan kemampuan berinovasi memberi kelebihan kepada syarikat ini untuk berada di hadapan pesaingnya, pada masa sama memastikan pengalaman penggunanya adalah yang terbaik di pasaran.
Sebenarnya, terdapat banyak lagi perkara yang HONOR banggakan. Syarikat ini memiliki kepakaran untuk mengintegrasikan sistem untuk rekaan cip, kepakaran dalam
pemilihan dan pengoptimuman pelbagai perisian dan perkakasan.
Ini termasuk usahanya dalam membangunkan algoritma AI untuk kualiti pengimejan tulen bagi menghasilkan foto lebih baik, serta rekaan perkakasan yang mencerminkan
pemahaman mendalam HONOR dalam banyak senario, pengalaman pengguna dan
pengurusan sumber dalaman.
Potensi hebat HONOR seharusnya mengujakan penggemar teknologi kerana syarikat
ini terus mengembangkan rekaan dalam menghasilkan produk premium. Penerokaan
dan eksperimen syarikat ini dalam pelbagai jenis produk pasti mengagumkan seluruh
dunia.
Ini adalah inovasi yang sedang mencapai potensi lebih tinggi. Bersedia untuk teruja! Inilah HONOR yang memasuki dunia anda!
Untuk mengetahui sejauh mana kisah perjalanan HONOR boleh melayari laman web
rasmi HONOR Malaysia di https://www.hihonor.com/my/.



































