Lexis Hotel Group teruja untuk mengalu-alukan para tetamu yang lengkap divaksin di hotel-hotel dan resort di Port Dickson, sempena pengumuman terbaru dari Kerajaan Persekutuan, tentang kelonggaran SOP untuk rakyat Malaysia yang lengkap divaksin, untuk merentas di negeri yang sama, dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Negeri Sembilan, dari 26 Ogos 2021.

Ini berikutan pembukaan Lexis Suites Penang, kepada residen Pulau Pinang yang lengkap divaksin, bersempena dengan fasa kedua PPN di Pulau Pinang, sejak 10 Ogos 2021.

Lexis Suites Penang Merdeka

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hotel-hotel dan resort Lexis terbuka kepada pekerja essential. Dari 26 Ogos 2021, hotel-hotel dan resort Lexis akan terbuka kepada
semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, yang telah lengkap divaksin yang
memenuhi syarat mengikut kriteria berikut:

Semua petugas barisan hadapan (frontliner)
Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI
Warganegara Malaysia dan warganegara asing yang lengkap divaksin (Fasa 2)

Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi
kriteria-kriteria berikut:
• Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-
BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) – individu
berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen
(Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) – individu berkenaan mestilah telah
melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan
Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukakan sebagai pembuktian

Grand Lexis Port Dickson Merdeka Staycation

Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia
17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol
kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran
yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.

Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga
kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang dilengkap vaksin:

Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol
standard. Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan

Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan
umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel-hotel dan resort oleh kakitangan
pembersihan profesional

Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan
resort

Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik
sepanjang masa

Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta merta amalan keselamatan
makanan yang dipertingkatkan

Promosi Merdeka Staycation

Penduduk tempatan di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang lengkap divaksin, boleh
menikmati percutian penginapan di Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson
atau Lexis Suites Penang, dengan harga yang berpatutan dengan promosi Merdeka Staycation sehingga 30 September tahun ini.

“Keluarga dan individu-individu yang lengkap divaksin boleh meraih kegembiraan
percutian bersama orang yang disayangi, sambil menikmati kolam renang peribadi mereka
sendiri, di hotel-hotel dan resort kami.

Tawaran terbaru kami adalah cara kami mengucapkan beribu-ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam mendapatkan vaksin”, kata Mandy Chew Siok Cheng, Presiden, Lexis Hotel Group.