Satu penyelesaian servis dan penyelenggaraan kenderaan yang menyeluruh berasaskan kepada aplikasi, GoCar Garage bermatlamat untuk menawarkan pengalaman selepas jualan yang lancar dengan kecemerlangan servis seperti OEM.

Bagi memastikan tiada kos tambahan atau tersembunyi, GoCar Garage turut menyediakan struktur harga yang telus untuk dinilai terlebih dahulu oleh pelanggan.

GoCar, peneraju platform perkongsian kereta di Malaysia melancarkan GoCar Garage – satu penyelesaian digital sehenti terbaharu bagi tujuan servis dan penyelenggaraan kenderaan yang boleh didapati pada aplikasi mudah alih GoCar.

GoCar Garage bermatlamat memenuhi keperluan pasaran yang mahukan penawaran selepas jualan yang mudah dan telus dengan persekitaran serta perkhidmatan terbaik
seperti OEM.

Penyelesaian baharu itu merupakan tawaran terkini yang ditambah ke dalam fokus syarikat untuk menyediakan penyelesaian “mobiliti sebagai satu bentuk servis” yang mampu menggugat stautus quo melalui penggunaan teknologi.

Ideal untuk rakyat Malaysia yang bijak menggunakan peranti mudah alih dan sentiasa bergerak, platform GoCar Garage menawarkan penyelesaian menyeluruh. Pelanggan boleh memilih servis yang dimahukan, mengesahkan dan membuat bayaran ke atas temu janji servis mereka.

Selain menguruskan aspek pengambilan dan pemulangan kenderaan pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja.

Lebih penting lagi, GoCar Garage menyediakan struktur harga yang telus dan boleh dinilai oleh pelanggan, membuat pra-persetujuan menerusi aplikasi GoCar sebelum sesuatu kerja pembaikan disahkan.

Ciri ini memastikan tiada kos tambahan mengejut yang biasanya berlaku di bengkel-bengkel pihak ketiga.

Selain menawarkan kemudahan dan harga yang telus, pelanggan juga boleh menikmati
banyak manfaat seperti:

● Basuh dan sanitasi kereta secara percuma
● Pemeriksaan 31 poin kenderaan secara percuma
● Membuat tempahan dengan mudah (menggunakan aplikasi mudah alih GoCar)
● Sempena pelancaran GoCar Garage, servis penghantaran dari pintu ke pintu menerusi GoValet (dalam jarak radius 50kmm dari GoCar Hub) yang ditawarkan pada bayaran minimum akan dipotong sepanjang Ogos
● Jaminan penggantian alat ganti selama enam bulan
● Penggunaan percuma GoCar selama dua jam pada hari kereta anda diservis

Boleh didapati sekarang di GoCar Hub yang terletak di kawasan strategik di Jalan Kemajuan, Petaling Jaya, GoCar Garage merupakan sebuah pusat servis yang lengkap. Ia
dikendalikan oleh pasukan juruteknik berpengalaman yang mahir dalam melakukan servis ke atas semua jenama dan model kenderaan penumpang. Ini jelas memberi ketenangan minda kepada pelanggan.

“Kami percaya kami dapat memenuhi keperluan dalam pasaran yang mahukan satu pengalaman servis yang mudah dan telus. Terutama bagi kereta yang sudah tamat
tempoh jaminan.

Di GoCar, kami komited untuk menggunakan teknologi bagi menambah baik pengalaman pelanggan, terutama dalam aspek penyelenggaraan kereta yang kini masih beroperasi dalam proses bersifat manual.

“Kami percaya kemudahan yang kami tawarkan menerusi GoCar Garage dapat benar-benar memberikan nilai tambah yang diinginkan oleh pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar, Wong Hoe Mun.