Kerjasama ini akan membolehkan Merchantrade dan rangkaiannya dihubungkan ke NIPL dan memudahkan pengiriman wang ke Bank Penerima di India melalui ID UPI.

Merchantrade Asia menjalin kerjasama dengan NPCI International – anak syarikat milik penuh National Payments Corporation of India (NPCI) untuk menawarkan Perkhidmatan Kiriman Wang Masa Sebenar ke India.

Kerjasama ini akan membolehkan Merchantrade dan Rangkaiannya dihubungkan ke NIPL dan memudahkan pengiriman wang ke Bank Penerima di India melalui ID UPI.

Pada masa sekarang, kiriman wang masuk diproses melalui mod pembayaran seperti NEFT/
IMPS/ RTGS. Kerjasama ini akan membantu rakan kongsi antarabangsa untuk memindahkan dana kepada penerima yang menggunakan aplikasi UPI.

Ini bermakna sesiapa sahaja dari rangkaian Merchantrade dapat melakukan pengiriman wang masa nyata ke India.

Penyelesaiannya akan membantu pemadanan nama Penerima dan memudahkan ke semua
pemeriksaan pematuhan yang diperlukan dengan cara yang selamat, terjamin dan selesa.

Ritesh Shukla, Ketua Pegawai Eksekutif, NIPL berkata, “Sekarang, India merupakan pasaran utama pengiriman wang masuk global, menerima sekitar USD$ 83 bilion setahun yang dikirimkan oleh lebih 30 juta ekspatriat dan PIO di luar negara.

Fokus kami di NIPL adalah untuk memberikan pengalaman rentas sempadan yang tersendiri melalui penyelesaian pembayaran masa nyata terkini – UPI.

Kerjasama kami dengan Merchantrade akan membolehkan pelanggan menikmati kecekapan, kelajuan, kemudahan, dan ketelusan yang lebih baik melalui keupayaan
masa nyata platform UPI, kemudahan akses sepanjang masa, dan papan muka yang ringkas.

Kami berharap dapat mencapai tahap yang lebih tinggi dengan perkongsian ini.”
Ramasamy K Veeran, Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade Asia berkata,

“Sebagai syarikat fintech terkemuka di Malaysia dan penyedia Pembayaran dan Operator
Pemindahan Wang Antarabangsa, Merchantrade terus berusaha untuk meningkatkan
perkhidmatannya dengan memanfaatkan teknologi yang ditawarkan melalui perkongsian
tersebut.

Usaha seperti ini akan membantu kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan seterusnya memberi kesan positif kepada kehidupan seharian mereka.”

“Bekerjasama dengan NPCI International akan membolehkan pelanggan dan rakan kongsi kami memindahkan dana ke India dengan lebih mudah menggunakan aplikasi UPI seperti BHIM, Google pay, Amazon pay, dan lain-lain.

“Di Merchantrade kami terus meningkatkan ekosistem perkhidmatan yang relevan melalui
perkongsian dan kerjasama seperti ini. Visi kami adalah untuk membawa keselesaan ke satu tahap yang baru kepada pelanggan kami,” katanya lagi.