Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melancarkan projek terbaharu di Kota Puteri secara atas talian bermula 22 Mei ini.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Faizal Dolah berkata, projek yang dikenali sebagai Puteri Daffina X ini merupakan perumahan 14 unit rumah teres dua (2) tingkat dengan penawaran 8 Unit Tepi (Corner Lot) & 6 Unit Tengah berkeluasan dari 2,049 kps yang merangkumi empat bilik tidur dan tiga bilik air sesuai untuk memberikan keselesaan kepada seisi keluarga.

“Disebabkan Selangor masih di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelancaran projek Puteri Daffina X akan dijalankan  secara atas talian sahaja dan bakal pembeli hanya perlu membuat panggilan ke talian PKNS X Line iaitu 03 5022 0188, melayari laman web di alamat www.pkns-property.com atau facebook PKNS Property untuk mendapatkan butiran lanjut berkaitan projek ini”, katanya.

Puteri Daffina X merupakan Fasa keempat dan terakhir bagi projek pembangunan Puteri Daffina yang secara keseluruhannya menawarkan lebih 230 unit.

Fasa Pertama, Kedua dan Ketiga telah habis dijual dan telah diduduki oleh pembeli. Permintaan yang tinggi dari pembeli menjadikan Projek Puteri Daffina sebagai pilihan terbaik untuk didiami.

Projek ini terletak di kawasan yang sangat strategik kerana ianya  dihubungkan melalui dua jalan utama iaitu Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya LATAR selain turut dikelilingi oleh pelbagai kemudahan awam seperti Sekolah di Ijok, Pusat Pengajian Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan balai polis.

“Kesemua unit di Puteri Daffina X telah sedia untuk diduduki serta telah memperoleh sijil layak menduduki pada April 2021 dan akan dijual dengan harga serendah RM503,000 sehingga RM684,000 seunit.

“PKNS turut menawarkan diskaun 10 peratus (10%) kepada pelanggan PKNS kali pertama dan diskaun 12% kepada pelanggan PKNS sedia ada di samping yuran guaman SPA dan duti setem MOT percuma untuk semua pembeli,” katanya.

Puteri Daffina X yang terletak di Perbandaran Kota Puteri, mukim Rawang, Gombak ini sesuai bagi mereka yang mahukan kediaman yang luas dan selesa untuk seisi keluarga selain terletak di lokasi yang strategik.

Projek ini merupakan kediaman yang sesuai bagi mereka yang mengimpikan kehidupan lestari dan damai dengan kehidupan alam menghijau.