Pelan Maxis Family baru menyediakan data tanpa had untuk empat talian telefon bimbit dan internet di rumah dari RM299 sebulan
Kesalinghubungan amat diperlukan untuk pekerjaan, pembelajaran dan hiburan. Menyedari kepentingan Internet untuk keluarga yang memenuhi keperluan pada harga yang berpatutan. Pelan Maxis Family yang baru telah dilancarkan untuk memenuhi keperluan harian seperti data, Internet di rumah dan akses ke peranti baru.
Dengan hanya RM299 sebulan, seluruh keluarga dapat menikmati data tanpa had di empat saluran telefon bimbit dan juga jalur lebar rumah mereka pada kelajuan 30Mbps dengan pilihan untuk menaik taraf ke kelajuan hingga 800Mbps.

Terdapat juga pilihan untuk menambah hingga empat peranti baru melalui kontrak Maxis
Zerolution dari RM19 untuk setiap talian mudah alih. Pelanggan boleh memilih dari pilihan telefon pintar, tablet dan jam pintar, supaya semua orang dalam keluarga dapat menikmati akses ke peranti terbaru.
“Kami mendapati bahawa keluarga di Malaysia menggunakan lebih banyak data dan ada permintaan untuk pengalaman digital yang lancar untuk anak-anak, pasangan dan juga warga emas yang tinggal di rumah.
“Dengan Pelan Maxis Family, kami memberikan pengalaman yang lebih memuaskan agar semua ahli keluarga dapat menikmati kenikmatan yang sama dan nilai yang lebih besar di samping akses untuk telefon, tablet dan juga TV pintar terbaru,” kata Arjun Varma, Ketua Pengguna Maxis.
Selain peranti pintar, Pelan Maxis Family juga menawarkan TV Zerolution bagi keluarga yang ingin meningkatkan hiburan mereka untuk semua orang di rumah.
Dengan harga serendah RM1 sebulan, pelanggan dapat memiliki TV Samsung 65” untuk pengalaman hiburan yang lebih imersif.








































