Penyedia perkhidmatan pembiayaan mikro digital sasar untuk membantu secara kewangan dan melindungi komuniti yang kurang mendapat perhatian menerusi rumusan pembiayaan 100% digital.

Aspirasi, sebuah penyedia perkhidmatan pembiayaan mikro dan insurans mikro digital di bawah Axiata Digital (syarikat perkhidmatan digital Kumpulan Axiata), telah dinobatkan sebagai pemenang kategori Rumusan Kewangan & Perakaunan (Fintech) pada Anugerah MSC Malaysia APICTA 2020, oleh PIKOM Malaysia, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Perkhidmatan Kewangan Digital di Axiata Digital Sheyantha Abeykoon berkata, ”Kami amat berbangga menerima anugerah APICTA yang mengiktiraf usaha Aspirasi di dalam memudah cara akses kewangan dan insurans digital kepada pelanggan kami bagi mencapai impian mereka tanpa bimbangkan hal kewangan.

Sheyantha Abeykoon

“Kami akan memastikan Aspirasi akan terus mencari kaedah-kaedah baharu dan mendefinisi semula perkhidmatan kewangan digital dengan menggunapakai teknologi terkini menerusi kemenangan ini.

“Seiring dengan matlamat kami untuk membantu dan melindungi pelanggan kami daripada segi kewangan, kami juga akan memastikan mereka memperoleh sokongan kewangan digital yang tepat tanpa mengira di mana mereka berada di dalam perniagaan mereka atau perjalanan hidup mereka,” katanya.

Aspirasi merupakan jenama digital tempatan yang ditubuhkan pada 2019. Syarikat ini
menyediakan rumusan pembiayaan mikro menyeluruh yang dipacu oleh AI (kecerdasan buatan) dan insurans mikro bagi memperkasa perniagaan yang kurang menerima perhatian atau Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana di Malaysia dengan rumusan kewangan digital yang pantas dan mudah.

Pemohon akan melalui proses permohonan mudah dan pantas hanya 3 minit, dan jika diluluskan, pemohon akan menerima dana pembiayaan di dalam tempoh 48 jam.

Pada 2020, syarikat ini mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM207 juta bagi
mengurangkan kebimbangan kewangan 9,176 peniaga di Malaysia dan Indonesia.

Di dalam menyokong aspirasi Kerajaan Malaysia untuk memastikan kesiapsiagaan negara di dalam mencapai kematangan digital menerusi perkhidmatan kewangan digital yang komprehensif.

Aspirasi baru-baru ini telah meluaskan capaiannya bagi menyediakan pembiayaan pengguna kepada semua rakyat Malaysia menerusi platform e-dagang.

Sebagai sebuah persatuan komuniti ICT dicalonkan oleh ahli-ahli di rantau ini, APICTA
(Asia Pacific ICT Alliance) telah secara aktif mengenal pasti dan mengiktiraf produk
dan perkhidmatan ICT tulen inovatif di rantau Asia Pasifik.