Pendapatan dan penjualan tahun-ke-tahun suku pertama 2021 (Q1 2021) meningkat dua kali ganda, dengan nilai transaksi melebihi RM1 bilion sejak mula beroperasi pada tahun 2018

Syarikat myTukar Sdn Bhd, platform perdagangan kenderaan terpakai atas talian yang paling cepat berkembang di Malaysia hari ini mengumumkan prestasi perniagaan suku pertama (Q1) dengan pertumbuhan momentum yang kuat untuk tahun 2021.

myTukar mencatatkan pendapatan dua kali ganda tahun-ke-tahun dan rekod penjualan unit untuk Q1 2021 dengan nilai EBITDA yang positif dan jangkaan pertumbuhan yang menguntungkan untuk sepanjang tahun 2021, disokong oleh pelan berteraskan pelanggan yang agresif di dalam perancangan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2018, rangkaian myTukar yang terdiri daripada 2,100 pengedar berdaftar dan tujuh belas pusat pemeriksaan yang dibuka setiap hari telah berjaya menguruskan lebih daripada 40,000 unit kenderaan bernilai lebih RM1 bilion.

Menawarkan platform digital yang unik dengan ekosistem yang lengkap untuk menyokong industri kenderaan pra-milik di Malaysia, myTukar kini berada di landasan pertumbuhan yang lebih tinggi diperkukuhkan dengan pelbagai inisiatif yang memfokuskan kepada pelanggan.

Fong Hon Sum, CEO myTukar berkata, pelbagai pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini mencerminkan semangat mendalam pasukan kami dalam mengubah industri kenderaan pra-milik di Malaysia bagi meningkatkan penggunaan digital, tahap kecekapan dan ketelusan secara keseluruhan di dalam industri.

“Kami berasa terhormat untuk mempunyai penyelesaian inovatif yang dapat mengubah pengalaman dan perjalanan untuk para pelanggan kereta terpakai,” katanya.

Beberapa sorotan utama untuk myTukar sepanjang Q1 2021 termasuklah:

  • Perluasan dan pembukaan tujuh pusat jualan myTukar baharu di seluruh negara termasuk di Malaysia Timur. Kini, myTukar mempunyai rangkaian tujuh belas pusat pemeriksaan yang mampu menyokong pelanggan di seluruh Malaysia.
  • Melancarkan Pusat Pengalaman Jualan bertempat di pusat membeli belah utama. Pelanggan kini dapat menikmati perjalanan yang lancar ketika membeli dan menjual kereta terpakai di Malaysia.
  • Berjaya menggunakan myTukar AI, teknologi pemeriksaan kenderaan autonomi perintis yang menampilkan sistem Pengesanan Kecacatan Kereta berpandukan AI, dan Pengaburan Plet Kenderaan.

Dari menjadi pelopor di dalam proses digitalisasi industri kenderaan pra-milik hingga memulakan pembangunan transformasi industri, MyTukar kini komited untuk membangunkan penyelesaian inovatif yang akan dimanfaatkan oleh industri automotif secara keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan myTukar, sila layari laman web interatif pelanggan di www.myTukar.com atau hubungi 1800-22-5999 untuk bercakap dengan pakar produk yang akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan myTukar.