Beramal dengan cara yang mudah lagi selamat menerusi komuniti dalam talian

MILO® menggerakkan semula #SkuadKebaikanMILO bagi mendorong rakyat Malaysia
berkongsi kebaikan dengan komuniti yang memerlukan sempena bulan Ramadan yang
mulia ini.

Menerusi kerjasama dengan Shopee untuk tahun kedua, MILO® meneruskan platform #SkuadKebaikanMILO yang dilancarkan tahun lalu demi menyatukan rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan agar mereka juga memperoleh manfaat kebaikan yang berkhasiat.

#SkuadKebaikanMILO menyediakan cara yang mudah lagi selamat untuk rakyat Malaysia
membuat sumbangan kepada masyarakat pada masa yang mencabar ini.

Maria Murni Nur Azmi, Pengurus Pemasaran Pengguna – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, pihaknya memahami bahawa penjarakan fizikal bukanlah penghalang untuk rakyat Malaysia berbuat baik antara satu sama lain.

“Justeru, kami membawa kembali #SkuadKebaikanMILO agar rakyat Malaysia dapat terus saling bantu-membantu dengan cara yang mudah di samping menjaga keselamatan masing-masing.”

“Menerusi #SkuadKebaikanMILO, rakyat Malaysia boleh menyumbang dengan pembelian
mana-mana empat pek ‘bundle’ yang mengandungi serbuk MILO® serta produk Nestlé lain
yang bernilai RM25, RM55, RM95 dan RM155 setiap satu.

“Semua pembelian pek ‘bundle’ ini akan didermakan kepada tujuh pertubuhan kebajikan yang menyantuni komuniti B40, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim di seluruh negara,” katanya.

Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah Human Aid Selangor, Kuching Food Aid, The Lost Food Project, Malaysian Relief Aid, Food Aid Foundation dan Yayasan Persona, serta penghuni-penghuni Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16 di Subang Jaya, Selangor yang terpilih menerusi kerjasama dengan ASTRO.

Selain pek ‘bundle’, bagi setiap pembelian 1 unit produk MILO® yang terpilih menerusi Kedai Dalam Talian Nestlé di Shopee Malaysia, RM1 berupa produk Nestlé yang terpilih
turut akan disumbangkan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang sama.

Kempen #SkuadKebaikanMILO pada tahun lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang mengalu-alukan usaha ini. “Kami amat
menghargai sokongan rakyat – bukan sahaja dari segi sumbangan yang dihulurkan, tetapi
juga penghargaan yang diberikan ke atas peranan kami dalam menyatukan komuniti dalam
talian.

Tahun ini, sedang komuniti-komuniti di seluruh negara bangkit semula dengan ketabahan dan kegigihan, kami ingin terus menyemarakkan usaha #SkuadKebaikanMILO menghulurkan kebaikan yang berkhasiat kepada mereka yang memerlukan untuk menzahirkan tenaga harian, agar kita dapat sama-sama gagah melangkah dengan lebih
jauh,” katanya.

Antara rakyat Malaysia yang kembali menyokong #SkuadKebaikanMILO tahun ini termasuklah penghibur tersohor, Datuk Aznil Hj Nawawi, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil.

Sokongan beliau bermula pada tahun lalu setelah menyantuni satu keluarga yang terkesan akibat pandemik sehingga tidak mampu membeli MILO® untuk anak-anak mereka.

Dengan menggunakan platform peribadinya, Pak Nil bukan sahaja membantu mengumpulkan derma secara dalam talian yang mana semuanya akan dimanfaatkan untuk membeli pek ‘bundle’ #SkuadKebaikanMILO, malahan beliau sendiri akan turun padang untuk menyampaikan sumbangan kepada komuniti yang memerlukan.