Penggemar media sosial hari ini pasti mengimpikan telefon pintar paling ideal yang dapat membantu menghasilkan kandungan dalam talian yang menyeronokkan, kreatif dan berkualiti.

Tiada limitiasi untuk anda memiliki telefon pintar ideal kerana Samsung Galaxy A32 mempunyai ciri-ciri hebat yang diperlukan seorang sosial media savvy pada harga mampu milik untuk membolehkan mereka menikmati pengalaman yang diinginkan!

Bagi mereka yang gemar memuat naik gambar-gambar memukau di media sosial, Galaxy A32 mempunyai kelebihan untuk merakam gambar yang jelas kerana ia dilengkapi kamera utama 64MP beresolusi tinggi.

Bagi si penggemar selfie pula, kamera hadapan 20MP boleh memberi kesan kabur dan
smart beauty untuk gambar swafoto yang sempurna dan panggilan video yang jelas!

Kreativiti juga tidak terbatas untuk si penggemar fotografi kerana kamera Galaxy A32 juga menyokong Hyperlapse, Mod Malam, Slow-mo, Panorama dan Mod Pro untuk bermain dengan kemahiran fotografi anda.

Sama ada untuk menikmati tontonan video kegemaran di YouTube, bermain game atau membeli-belah secara dalam talian, melakukannya pada paparan skrin yang besar pasti akan lebih memuaskan.

Galaxy A32 mempunyai paparan 6.4-inci FHD+ Super AMOLED dipadankan dengan kadar segar semula 90Hz memberi anda pengalaman tontonan yang jelas dan menyeronokkan dengan warna yang terang agar anda seronok melayari internet dan bermain game dengan lancar pada bila-bila masa.

Bagi yang selalu aktif berada di luar dan suka mengembara, Galaxy A32 datang dengan kapasiti bateri yang besar 5,000mAH sedia menyokong hari anda yang penuh dengan aktiviti tanpa bimbang.

Aktif dan spontan dalam menghasilkan kandungan, telefon pintar anda perlukan perlindungan.

Bermula hari ini, 23 April hingga 31 Mei 2021, apabila anda membeli Galaxy A32 di Samsung e-Store, Samsung Experience Store, Samsung Authorized Retailers atau Telco Partners, peranti anda akan menerima pelan liputan Samsung Care+ selama setahun secara percuma (1).

Samsung Care+ adalah pelan liputan komprehensif untuk memberi ketenangan buat anda jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku – jadi telefon pintar Galaxy A32 baharu anda akan dilindungi untuk kerosakan tidak disengajakan, kerosakan akibat cecair termasuk membaik pulih skrin retak yang tidak terdapat dalam perlindungan waranti asas.

Bukan itu sahaja – pelan yang bernilai RM110 tersebut juga termasuk dengan penggantian peranti dan perkhidmatan ambil sendiri dan penghantaran secara percuma (2). Selain itu – pembelian anda juga akan disertakan dengan sarung pelindung Soft Clear bernilai RM39, namun ia akan berakhir pada 30 April 2021. Jadi cepat dapatkannya!

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A32, sila layari:
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a32-awesome-violet-128gb-sm-a325flvixme/
Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Care+, sila layari:
https://www.samsung.com/my/offer/samsung-care-plus/

(1) Tertakluk pada Terma dan Syarat. Untuk mendapatkan liputan percuma selama setahun pelanggan perlu mendaftar Samsung Care+.

Bagi pembelian di kedai dalam talian Samsung, pelanggan perlu mengakses internet melalui peranti yang telah dibeli dan bersetuju dengan perjanjian lesen pengguna akhir (EULA) dalam masa 14 hari selepas pembelian peranti dan semasa Tempoh Promosi berlangsung.

Bagi pembelian di Samsung Experience Store, Samsung Authorized Retailers dan Telco Partners, pelanggan akan dibantu oleh kakitangan di kedai untuk pendaftaran.
(2) Penggantian peranti akan disediakan sekiranya kerosakan tidak dapat dibaiki.