#MYBaikHati adalah kempen crowdsourcing peranti komputer riba, tablet dan/atau
telefon pintar 4G terpakai untuk pembelajaran digital dan keperluan harian komuniti B40

Anda mempunyai peranti terpakai di rumah? Inilah peluang anda untuk menggunakannya untuk tujuan membantu mereka yang memerlukannya.

Maxis kini mengundang warga kerjanya, pelanggan dan orang ramai untuk menyumbangkan komputer riba, tablet dan/atau telefon pintar terpakai di bawah inisiatif #MYBaikHati untuk membantu merapatkan jurang pembelajaran digital di Malaysia.

Anda boleh sumbang peranti di 10 Maxis Centre di seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru.

“Maxis berusaha untuk memberikan akses teknologi asas yang baik untuk pembelajaran dan keperluan harian terutamanya untuk pelajar dan keluarga berpendapatan rendah.

Keterangkuman digital amat penting bagi kami, dan setiap orang patut berpeluang untuk
memanfaatkan dunia digital untuk terus menerajui. Kami bangga menjadi sebahagian daripada usaha mulia ini, dan menyeru orang ramai untuk turut serta dalam inisiatif untuk menyumbang peranti kepada mereka yang memerlukan ini,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Maxis.

Inilah caranya:

1. Cari peranti terpakai/lama yang tidak lagi digunakan. Anda boleh sumbang komputer riba, tablet atau telefon pintar 4G terpakai, ataupun peranti baru.

2. Anda boleh menyumbang peranti di Maxis Centre berikut:

 

3. Peranti yang disumbangkan akan diperiksa untuk memastikannya berfungsi dengan baik,
tanpa kerosakan, dan dilengkapi bateri dan pengecas.

4. Peranti akan dibaikpulih dan diset semula ke tetapan kilang, sebelum diserahkan kepada
keluarga B40 melalui rakan kongsi NGO.

5. Peranti yang tidak memenuhi syarat akan dikitar semula melalui program eWaste sedia ada.

Layari https://www.maxis.com.my/en/campaigns/mybaikhati/ untuk maklumat lebih lanjut
mengenai cara menderma serta FAQ untuk maklumat lebih lanjut.