Sejajar dengan komitmennya untuk memainkan peranan aktif dalam memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sepanjang perjalanan mereka, AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) berusaha untuk membantu perniagaan-perniagaan berdaya maju yang terjejas oleh wabak COVID-19 dan menyokong penerusan operasi perniagaan mereka pada masa yang sukar.

Dengan PKS yang merangkumi 98.5% daripada keseluruhan perniagaan berdaftar di Malaysia¹, mereka memainkan peranan penting dalam ekonomi dan perkembangan negara.

Menurut tinjauan oleh SME Corp2, hampir 60% PKS melaporkan tidak dapat melakukan sebarang penjualan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sementara 39% mengalami penjualan yang lebih rendah.

Wabak ini telah mempengaruhi PKS dari segi kewangan dan sangat penting bagi mereka untuk diberi sokongan tambahan bagi mengurangkan risiko perniagaan mereka dalam persekitaran yang tidak keruan ini.

“Kami menyedari betapa mencabarnya situasi ini bagi PKS dan lebih-lebih lagi pada waktu ini, mereka memerlukan sokongan untuk memacu perniagaan mereka dan mengharungi persekitaran perniagaan yang telah berubah sepenuhnya disebabkan oleh pandemik ini.

“Kami percaya bahawa kami perlu melakukan sesuatu untuk membantu PKS bangkit daripada krisis yang tidak diduga ini,” kata Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA.

Demi meneruskan misinya untuk memberikan perlindungan dan sokongan kewangan kepada PKS secara berterusan, AXA telah melancarkan Business Advantage Plus (Enhanced), atau dikenali sebagai BAPE.

BAPE ialah pelan perlindungan perniagaan pertama dalam pasaran yang menawarkan Elaun Kesulitan dengan 2 manfaat pembayaran, selain daripada tuntutan kerosakan akibat kebakaran atau peril yang diinsuranskan untuk menyokong pemulihan perniagaan dengan cepat.

Ia ditawarkan dalam 4 pelan mudah yang boleh dipilih, serta memberikan manfaat eksklusif untuk makanan dan minuman, hotel bajet dan pusat pembelajaran.

“Pelan perlindungan perniagaan semua-dalam-satu kami yang kos efektif ini dapat disesuaikan berdasarkan keperluan dalam persekitaran perniagaan semasa. Perniagaan yang berada pada tahap yang berbeza dapat membeli pelan berdasarkan keperluan dan peruntukan mereka, dan yang penting dapat bertahan dalam sebarang keadaan yang tidak diingini,” katanya.

Untuk memberi bantuan tambahan kepada PKS, AXA juga telah memperkenalkan manfaat sanitasi khas sehingga RM2,000 sempena pelancaran BAPE, sekiranya ada pekerja perniagaan didiagnosis dengan COVID-19.

Manfaat percuma ini ditawarkan bergantung kepada dana yang dijanjikan berjumlah RM100,000 yang masih tersedia atau hingga tempoh akhir kempen, yang mana lebih awal.

Di samping itu, PKS yang mendaftar untuk BAPE dalam tempoh kempen akan diberi alat pemadam api serbuk kering ABC 1kg secara percuma, selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.axa.com.my.