Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) pada 26 Februari lalu,  mengadakan Program Jom Bantu Asnaf 2021 COVID-19 seluruh Malaysia membabitkan negeri di utara iaitu Arau, Perlis dan di Kodiang, Kedah

Program kali ini dianjurkan dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al-Hikmah (lelaki dan perempuan) telah menyantuni seramai 136 pelajar tahfiz dan 100 keluarga asnaf dikalangan guru serta keluarga pelajar.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, Baitul Hasan menyumbangkan bantuan dalam bentuk pek makanan asas, biskut dan alat tulis kepada penerima bantuan.

“Rombongan kami dari Kuala Lumpur disambut dengan rasa kesyukuran oleh Tuan Mudir, Ustaz Rohim dan tenaga pengajar lain.

“Mereka amat gembira menerima kehadiran kami dan mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan yang tidak putus-putus memberikan sumbangan kepada Baitul Hasan.

Program Baitul Hasan kemudian meneruskan perjalanan dengan membantu 60 keluarga asnaf terdiri daripada penduduk kampung yang miskin menerusi kerjasama Masjid Sultan Sallehuddin Kg Paya Kodiang, Kedah.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para dermawan yang bermurah hati membantu mereka. Kami sentiasa mendoakan muslimin dan muslimat sekelian sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan ganjaran syurga oleh Allah SWT,” katanya.

Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).