Menyumbang kepada masyarakat amat penting bagi Maxis, lebih-lebih lagi ketika banyak
keluarga menghadapi kesan pandemik di seluruh negara.

Bagi Maxis, musim perayaan sentiasa disambut dengan usaha amal oleh syarikat, termasuklah perayaan Krismas baru-baru ini.

Maxis telah bekerjasama dengan Hope Place, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuching untuk mengenal pasti masyarakat yang terkesan dan memerlukan Kelengkapan Perlindungan Peribadi (PPE) asas seperti cecair pembasmi kuman dan topeng muka untuk menjaga keselamatan.

Sukarelawan Maxis dari pejabat Kuching dan Hope Place telah mengedarkan pakej PPE ini
kepada keluarga di Bau, Serian dan Siburan secara berperingkat sambil mematuhi SOP
dengan tegas.

Selain itu, pakej PPE juga telah dikongsi dengan Hope Place untuk melindungi keselamatan sukarelawan semasa melakukan aktiviti komuniti.

“Kami gembira kerana dapat meneruskan inisiatif amal perayaan kami untuk meringkan beban masyarakat yang memerlukan. Pekerja kami mempunyai semangat tinggi dalam kerja dan tanggungjawab sosial serta telah dengan jayakan memberikan alat perlindungan kepada rakyat Sarawak,” kata Ben Ting Sii Hu, Ketua Jualan Sarawak, Maxis.

“Sumbangan Maxis telah membolehkan kita mempunya keperluan asas untuk kami melalukan aktiviti kemanusiaan dengan selamat untuk masyarakat di Kuching. Keperluan asas amat penting bagi mereka meneruskan kehidupan harian di tempat kerja atau sekolah tanpa rasa bimbang,” kata Yong Tiong Yeng, penyelia di Hope Place.

Sepanjang pandemik, Maxis secara aktif telah melakukan program komuniti dan sumbangan untuk usaha bantuan COVID-19. Baru-baru ini, syarikat tersebut telah menyumbang sebanyak RM500,000 kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk menyokong bantuan berkaitan COVID-19.

Sumbangan tersebut akan digunakan untuk menyediakan anggaran 5,000 kotak makanan bagi kawasan yang terkesan dengan pandemik serta peruntukan bagi kawasan yang dilanda banjir.

Sumbangan kepada YKN tersebut merupakan sebahagian daripada RM1 juta yang dijanjikan Maxis melalui GLC/GLIC Disaster Response Network (GDRN) untuk kempen “To Malaysia with Love” yang digerakkankan baru-baru ini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM).