Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) dan Cakna Anak Yatim Kemaman, Terengganu, mengadakan Program Kembali Ke Sekolah 2021 dan Bantuan Makanan Asas Mangsa Banjir pada 15 Januari lalu.

Menerusi program itu, Baitul Hasan telah menyantuni keluarga anak yatim dan asnaf sekitar daerah Kemaman, Terengganu yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berharap bantuan yang dihulurkan ini dapat mengurangkan sedikit beban mereka dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program mulia ini.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para dermawan yang bermurah hati membantu mereka…alangkah gembiranya hati setiap penerima dan hanya ucapan kesyukuran serta doa yang mampu mereka ungkapkan.

“Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Anda hulurkan sumbangan, kami akan sampaikan amanah ini ..semoga ia menjadi amal soleh buat bekalan kita diakhirat nanti. “Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami,” katanya.

Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).