Menampilkan bateri tahan lama, paparan imersif besar dan kamera berkuasa dengan keupayaan termaju

Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan penambahan terbaharu kepada keluarga siri Galaxy A, iaitu Galaxy A12 dan Galaxy A02s.

Samsung A12

Kedua-dua telefon pintar ini menawarkan paparan imersif besar, digandingkan dengan rangkaian kamera serba guna untuk mengabadikan apa jua momen penting dan bermakna, bersama-sama dengan bateri yang tahan lama sepanjang hari.

“Galaxy A12 dan Galaxy A02s terus berpegang teguh kepada etos ciri-ciri rangkaian Siri Galaxy A kami, sekali gus menawarkan inovasi hebat dalam sebuah pakej mampu milik.

“Sebagai kuasa hiburan baharu bagi keluarga Siri-A kami yang luar biasa, kedua-dua telefon pintar ini dilengkapi skrin paparan besar dan kuasa bateri tahan lama, yang membolehkan anda berhibur dengan video dan permainan mudah alih yang imersif selama berjam-jam,” kata Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

“Daripada tangkapan makro jarak dekat hinggalah rakaman pemandangan indah, bahkan mengambil gambar potret yang menawan dengan menggunakan kesan bokeh, Galaxy A12 dan Galaxy A02s dilengkapi dengat set kamera serba guna bagi memastikan anda tidak akan sekali-kali terlepas detik-detik indah tersebut.”

Samsung A02s

Paparan Imersif Besar dan Kuasa Tahan Lama Agar Anda Kekal Terhibur selama Berjam-jam.

Sama ada anda sedang bermain permainan ataupun menonton rancangan kegemaran anda, hayati sepenuhnya aktiviti anda itu dengan paparan paling imersif dalam barisan rangkaian Galaxy A.

Galaxy A12 dan Galaxy A02s menawarkan tontonan tanpa gangguan dengan paparan 1 HD+ Infinity-V 2 6.5 inci, lantas memberikan kualiti paparan yang jelas dan terang di hujung jari anda.

Selain itu, Galaxy A12 dan Galaxy A02s menampilkan ciri Dolby Atmos® yang membawa penghayatan anda ke tahap yang lebih mengujakan semasa anda bermain atau menggunakan kandungan multimedia, dengan memberikan pengalaman bunyi keliling sepenuhnya yang serba mengasyikkan.

Samsung A12

Dengan kuasa bateri 5,000mAh yang tahan lama, anda dapat menonton rancangan kegemaran anda tanpa henti semasa dalam perjalanan.

RAM yang mendorong prestasi dan kecekapan anda

Siri Galaxy A terus meningkatkan hadnya untuk menawarkan penambahbaikan yang membolehkan anda menikmati pengalaman telefon pintar yang hebat.

Luangkan lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang anda gemari secara lancar dengan menggunakan Galaxy A12 dan Galaxy A02s, kerana kedua-dua telefon pintar ini dilengkapi pemproses Octa-Core canggih sehingga 6GB RAM (storan dalaman 128GB) dan 4GB RAM (storan dalaman 64GB) masing-masing.

Gabungkan ciri-ciri ini dengan harganya yang berpatutan, dan anda mendapat satu pakej yang cukup hebat.

Galaxy A21 & Galaxy A02s

Malah yang lebih menarik lagi ialah, kedua-dua peranti ini membolehkan sokongan MicroSD
sehingga 1TB untuk mengabadikan dan menyimpan semua kandungan anda yang berharga.

Abadikan momen yang tidak dapat dilupakan sebagaimana anda menghayatinya Galaxy A12 dan Galaxy A02s dilengkapi kamera serba guna yang hebat, menjadikan tangkapan
gambar yang sempurna lebih mudah berbanding dengan sebelum ini.

Galaxy A12 tampil dengan kamera belakang kuad dengan kegunaan berbilang, yang merangkumi kamera utama, kamera Ultra Lebar (Ultra Wide camera), kamera Kedalaman (Depth camera) dan kamera Makro.

Samsung A12

Daripada mengambil gambar mentari pagi yang indah, sehinggalah merakamkan suasana kehidupan malam yang meriah di kota raya, kamera utama 48 megapiksel Galaxy A12 mampu menghidupkan detik-detik ini dalam format digital.

Kini, anda tidak perlu lagi mengkompromikan kualiti tangkapan foto anda, kerana ciri kamera Ultra Lebar 5 megapiksel yang mempunyai sudut pandangan 123 darjah
membolehkan anda merakamkan dunia dari perspektif yang lebih luas dalam satu tangkapan – semuanya berada dalam medan penglihatan mata manusia.

Galaxy A12 juga dilengkapi kamera Makro 2 megapiksel yang dipertingkatkan untuk menyerlahkan perincian yang mampu mengecurkan air liur dalam fotografi makanan anda secara jarak dekat, bersama-sama dengan kamera Kedalaman 2 megapiksel yang membolehkan anda memberikan fokus kepada subjek yang anda inginkan sahaja.

Kamera Swafoto (Selfie camera) 8 megapiksel pula merakamkan dengan serta-merta gambar yang mempamerkan keyakinan paling tinggi diri anda yang wajar diabadikan.

Secara berasingan, Galaxy A02s menampilkan ciri struktur tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 13 megapiksel, kamera Makro 2 megapiksel yang dipertingkatkan dan kamera Kedalaman 2 megapiksel. Kamera swafoto 5 megapiksel ditempatkan di bahagian hadapan.

Samsung A02s

Ketenangan minda dengan Galaxy A12

Galaxy A12 juga meraih manfaat daripada platform keselamatan Knox bertaraf pertahanan kami, yang membenarkan para pengguna menetapkan proses, aplikasi dan aktiviti perkongsian yang dapat berfungsi pada peranti mereka.

Pada dasarnya, para pengguna Galaxy A12 dapat memiliki ketenangan minda selama 24X7 dengan mengetahui bahawa mereka mempunyai platform keselamatan mudah alih bertaraf pertahanan yang melindungi lebih 1 bilion peranti pengguna perniagaan Samsung.

Reka bentuk bergaya yang diperbuat untuk penggunaan yang selesa Galaxy A12 dan Galaxy A02s hadir dengan kemasan kesan kabut dan kusam yang unik, menyegarkan dan bergaya bila dipegang.

Samsung A02s

Dengan lengkungan halus di bahagian sisi, dan struktur nipis Galaxy A12 yang hanya 8.9mm serta 9.1mm bagi Galaxy A02s, kedua-dua peranti ini licin berkilat namun selesa dipegang selama berjam-jam.

Galaxy A12 tersedia mulai 6 Januari 2021 dengan harga pasaran yang disyorkan sebanyak RM799 dan hadir dalam dua warna – hitam dan biru.

Galaxy A02s tersedia mulai 6 Januari 2021 dengan harga pasaran yang disyorkan sebanyak RM529 dan hadir dalam dua warna – hitam dan biru.

Samsung A12

Dapatkan kedua-duanya di Samsung Experience Store, pengedar-pengedar sah atau e-store kami.