Perodua terus maju ke arah sasaran akhir tahunnya dengan jualan 23,119 kenderaan pada November 2020, termasuk 5,027 unit pada hari ke-30 – angka pendaftaran tertinggi yang pernah dicapai Perodua dalam sehari.

“Jualan November kami memaparkan sedikit penormalan daripada pencapaian dua bulan rekod kami sebelum ini – 25,035 unit pada September dan 26,852 pada Oktober,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

President & CEO Dato’ Zainal Abidin Ahmad

“Namun, pencapaian ini mengagumkan di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar ini dan prosedur operasi normal baharu akibat COVID-19. Rekod seharian 5,027 unit kami telah membuktikan bahawa ketahanan, ketekunan dan kebolehan menyesuaikan diri mampu membuahkan hasil,” katanya

Dengan jualan 6,295 Myvi, 6,318 Axia, 6,224 Bezza, 2,617 Aruz dan 1,665 Alza pada November, jualan Perodua setakat tahun ini telah mencecah 195,000 kenderaan.

Berdasarkan momentum jualannya, Perodua berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran akhir tahunnya, iaitu pendaftaran sebanyak 210,000 unit.

“Dua keutamaan Perodua pada masa ini adalah untuk memastikan seramai mungkin pelanggan kami dapat menerima kenderaan mereka sebelum akhir tahun untuk menikmati harga tanpa cukai jualan; serta untuk terus menyokong ekosistem automotif Malaysia dengan skala ekonomi kami pada masa yang sukar ini.

“Lebih 90% daripada komponen kami diperoleh secara tempatan, dan ditambah dengan
jumlah jualan kami, ini menjana perniagaan yang signifikan bagi para pembekal tempatan dan membantu mereka mengekalkan pekerjaan,” katanya.

“Kenderaan kami kemudian diedarkan melalui rangkaian jualan kenderaan terbesar di Malaysia, yang kebanyakannya terdiri daripada peniaga bebas yang mendapat manfaat
daripada jualan kenderaan kami, dan lebih lagi jika mereka juga menawarkan servis
dan pembaikan,” katanya lagi.

Perodua amat bangga memikul tanggungjawab ini terhadap negara dan akan terus memenuhi keperluan mobiliti seluruh rakyat Malaysia dengan kenderaan berkualiti yang
selamat, praktikal, cekap bahan api dan menawarkan nilai terbaik, sambil membawa
teknologi maju kepada orang ramai pada masa hadapan.