Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan yang aktif menggunakan logo LHDNM bagi mengaut keuntungan dengan memperdayakan mangsa.

Modus operandi terbaru sindiket adalah dengan memaklumkan mangsa mempunyai cukai tertunggak daripada pelaburan melalui surat yang mengandungi logo LHDNM dan menggunakan nama salah sebuah agensi kerajaan lain seperti berikut:-

sila klik di sini untuk lampiran

Sehubungan itu, orang ramai dipohon agar sentiasa berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dan sila lakukan pengesahan dengan LHDNM serta agensi kerajaan yang berkaitan terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran berikut:

a) HASiL Live Chat;

b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

• Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM

• Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial