Dengan populariti Isuzu yang semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan pemilik yang mementingkan nilai dan ingin mencari kenderaan yang cekap serta boleh diharap,  sebuah cawangan pengedar 3S Isuzu terbaru di Taiping telah dibuka.

Cawangan yang dilantik itu, akan menawarkan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan
dan perniagaan di sekitar daerah Matang.

Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura, cawangan yang
dikendalikan oleh GB Motors itu terletak di kawasan yang strategik di sepanjang Jalan SImpang, berdekatan dengan jalan utama menuju bandar Taiping.

Menduduki kawasan berkeluasan 5,300 meter persegi, cawangan baru ini direka untuk menawarkan keseluruhan perkhidmatan, dari jualan hingga lepas jualan, bagi semua barisan model Isuzu, bermula dengan D-Max hinggalah kepada trak tugasan sederhana dan berat.

Nakamura berucap pada majlis pelancarannya berkata, pihaknya meluahkan rasa berbesar hati untuk mengalu-alukan Kumpulan Goh Brothers ke dalam keluarga Isuzu dan yakin dengan cara pengurusan syarikat itu serta perancangan yang berkesan, mereka akan menjadi aset penting kepada jenama Isuzu.

“Sebagai satu daripada rangkaian jualan automotif yang mandiri sejak 25 tahun lalu dan telah memberikan pengalaman positif di kawasan sekitarnya.

Koji Nakamura

“saya percaya bahawa cawangan baru Goh Brothers ini akan menawarkan perkhidmatan profesional yang cemerlang dan memainkan peranan penting dalam membangunkan perniagaan Isuzu di sini serta melayani keperluan populasi perniagaan yang semakin berkembang di Taiping,” katanya.

Dengan binaan bangunan berkeluasan 1,400 meter persegi, cawangan GB Motors terbaru ini menempatkan bilik pameran yang besar untuk pengunjung, semetara ruang menunggu yang selesa juga disediakan bagi mereka yang ingin menanti kenderaan siap diservis oleh juruteknik-juruteknik terlatih Isuzu.

Sementara itu, Ketua Pengedar GB Motors, Goh Chern Earn pula berterima kasih kepada Isuzu di atas keyakinan yang diberikan kepada syarikat itu, dan turut berjanji untuk melonjakkan lagi reputasi cemerlang jenama itu dengan cara memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Isuzu Malaysia kerana memilih Goh Brothers Group sebagai rakan perniagaan. Sebagai ahli keluarga Isuzu, kami komited untuk mempertingkatkan lagi pengalaman pelanggan Isuzu di kawasan ini melalui khidmat yang profesional kepada semua pelanggan,” katanya.

Bagi meraikan perlantikan sebagai pusat 3S sah Isuzu, GB Motors akan mengadakan kempen pandu uji selama sebulan bermula 24 Oktober hingga 23 November 2020 ini, di mana 100 pelanggan pertama yang memandu uji mana-mana model Isuzu di bilik pameran berkenaan akan menerima hadiah cenderahati misteri.

Sila layari Facebook Goh Brothers di @IsuzuGB untuk maklumat kempen ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pusat 3S Isuzu di Taiping atau cawangan lain yang berdekatan dengan anda, layari laman www.isuzu.net.my, Facebook @IsuzuTrucksMalaysia, @ISUZU.DMax atau hubungi 1-300-88-1133.