Peruncit sukan terbesar di Malaysia, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan Sports) melancarkan secara rasmi Jersi Kit Ketiga Nike Liverpool FC 2020/2021 di Football Republic, Petaling Jaya hari ini.

Pelancaran jersi terbaharu itu mengambil inspirasi ‘Daripada permainan malam Eropah di Anfield-rekaannya banyak dipengaruhi oleh barisan bendera dan sepanduk yang dilihat di Stadium Anfield.

Jersi itu dilancarkan oleh Pengurus Pemasaran Al-Ikhsan Sports, Zechariah Ravinder dan disaksikan oleh beberapa penyokong setia pasukan bolasepak Liverpool di Malaysia.

Liverpool ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris selepas Chelsa menewaskan Manchester City, pada Jun lalu sekali gus menamatkan penantian 30 tahun kelab itu.

Liverpool hanya dipisahkan dua mata bagi bergelar juara selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace di Anfield.

Peminat kelab bola sepak Liverpool boleh mendapatkan jersi itu yang dijual secara eksklusif di cawangan Al-Ikhsan Sports dan Football Republic atau layari laman web www.al-ikhsan.com. Harga jersi replika dijual pada RM299 dan jersi pemain pada RM495.