“Saya mengucapkan tahniah kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang memilih YB Mohd Zaidi Aziz , calon Barisan Nasional (BN) bagi mewakili suara rakyat Slim, Perak,” kata Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Beliau berkata, menerusi majoriti 10,945 undi, keputusan PRK DUN Slim telah membuktikan tanggungjawab dan kesedaran pengundi sangat terpuji dan luar biasa.

Datuk Norliza Abdul Rahim

“Saya percaya YB baharu kita tidak akan meminggirkan sesiapa pun dalam DUN Slim kerana slogan keramat BN sendiri menjaga rakyat. 

“BN tidak pernah meminggirkan sesiapa pun kerana BN termasuk jentera wanita sejak dahulu lagi sentiasa dekat dan berhubung di hati rakyat dan pengundi.

“Tahniah juga kepada jentera BN terutama Wanita UMNO dan BN yang tidak pernah kenal erti penat serta sentiasa menggunakan pendekatan menyantuni dan mesra pengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang berkata, kemenangan berterusan itu pastinya menguatkan perjuangan kita untuk Pilihan Raya Negeri Sabah dan Pilihan Raya Umum Ke-15 bersama-sama dengan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya yakin kesedaran rakyat terhadap BN semakin memuncak dan diyakini bagi masa depan rakyat dan negara,” katanya.